Malaysia legislation
Section 62
Seksyen 62
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 160
seksyen yang berikut:
“Kuasa mengeluarkan arahan bagi menunaikan obligasi antarabangsa Kerajaan di bawah Ketetapan Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 160a. (1) Jika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memutuskan, menurut Piagam Bangsa-Bangsa
Bersatu, mengenai langkah yang hendaklah diambil bagi memberi kuat kuasa kepada mana-mana keputusannya dan menghendaki Kerajaan Malaysia supaya menerima pakai langkah itu, Suruhanjaya boleh, berhubung dengan langkah itu yang dalam fungsi Suruhanjaya, mengeluarkan arahan secara bertulis kepada mana-mana orang yang dilesenkan, didaftarkan, diluluskan, diiktiraf atau diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang sekuriti, bagi membolehkan langkah itu diterima pakai dengan berkesan.
(2)
Suatu arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
boleh termasuk, tetapi tidak terhad kepada arahan untuk membekukan akaun sekuriti, wang dan aset.
(3)
Seseorang yang baginya suatu arahan dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi arahan itu walau apa pun apa-apa kewajipan lain yang dikenakan ke atas orang itu oleh mana-mana kontrak atau undang-undang atau perjanjian antarabangsa.
(4)
Seseorang yang menjalankan apa-apa tindakan sebagai mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), tidak boleh dikira sebagai melanggar mana-mana kontrak atau undang-undang atau perjanjian antarabangsa itu.
(5)
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar sebagaimana yang ditentukan dalam Ruang Ketiga Bahagian 1