Malaysia legislation

Section 7

of AKTA SURUHANJAYA SEKURITI (PINDAAN) 2015

Seksyen 7

Seksyen 2g Akta ibu dipinda dengan menggantikan subsekyen (1)

dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika di bawah mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti, kuasa diberikan kepada Suruhanjaya—

(a)

untuk memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku yang dikehendaki di bawah mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti untuk disimpan atau disenggara; atau

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1489

(b)

untuk menghendaki mana-mana orang, atau jika mana-mana orang yang dikehendaki di bawah undang-undang sekuriti, untuk mengemukakan apa-apa maklumat, dokumen atau buku,

Suruhanjaya hendaklah mempunyai akses bagi apa-apa maklumat, dokumen atau buku itu dan boleh—

(A)

menghendaki bahawa apa-apa maklumat, dokumen atau buku itu dikemukakan dalam apa-apa tempoh, mengikut apa-apa cara, dalam apa-apa bentuk, dan secara bertulis atau dengan menggunakan apa-apa rakaman visual sama ada imej pegun atau bergerak, atau rakaman bunyi, atau apa-apa rakaman elektronik, magnetik, mekanikal atau rakaman lain sekalipun, atas apa-apa bahan, material, benda atau artikel, sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam spesifikasinya;

(B)

mendapatkan pembuatan semula yang jelas secara bertulis; atau

(C)

menyalin atau memindahkannya kepada suatu alat penyimpanan atau rakaman.”.

Penggantian seksyen 4