Malaysia legislation

Section 3

of AKTA AHLI KIMIA (PINDAAN) 2015

Seksyen 3

Pindaan seksyen 7

(a)

dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:

“(b) mengadakan—

(i)

latihan, pendidikan dan peperiksaan oleh

Institut atau mana-mana badan lain, bagi orang yang bercadang untuk menjadi anggota; dan

(ii)

latihan dan perkembangan profesional berterusan bagi anggota yang mengamalkan atau bercadang untuk mengamalkan profesion kimia di Malaysia;”;

(b)

dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut:

“(d) memajukan kepentingan profesion kimia dan juga meningkatkan kesedaran awam dan penghargaan terhadap bidang kimia;”;

(c)

dalam perenggan (e), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (e) dengan koma bernoktah; dan

(d)

dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:

“(f) memberi maklumat dan nasihat kepada anggota dan orang awam tentang perkara yang berhubungan dengan kimia;

(g)

bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain, badan profesional kebangsaan dan antarabangsa, organisasi saintifik kebangsaan dan antarabangsa dan institusi pendidikan tinggi tentang perkara yang berhubungan dengan kimia;

(h)

memberi input profesional, nasihat dan perundingan tentang isu nasional dan global yang melibatkan orang awam melalui kerjasama rapat dengan ahli akademik, badan profesional yang lain dan industri;

Ahli Kimia (Pindaan)

(i)

meluluskan atau menolak pemberian akreditasi bagi program kimia dan program berkaitan dengan kimia di institusi pendidikan tinggi awam dan institusi pendidikan tinggi swasta di Malaysia mengikut Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007

[Akta 679];

(j)

menasihati Menteri tentang perkara yang berhubungan dengan kimia dan profesion kimia; dan

(k)

mempromosikan kemajuan dalam bidang kimia dan sains yang berkaitan dengan kimia dan aplikasinya.”.

Pindaan seksyen 9