Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Seksyen 14 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) sebagai deposit dalam apa-apa mata wang termasuk ringgit dalam—
(i)
Bank Negara Malaysia;
(ii)
mana-mana institusi kewangan berlesen yang sewajarnya sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 [Akta 758];
(iii)
mana-mana institusi kewangan pembangunan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Institusi
Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
(iv)
mana-mana bank Islam di bawah Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
[Akta 759]; atau
(v)
mana-mana bank atau institusi kewangan berlesen yang sewajarnya di luar
Malaysia;”;
(ii)
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“dan perakuan deposit” dengan perkataan “, perakuan deposit dan apa-apa surat cara yang diiktiraf oleh badan pengawal selia yang berkaitan”;
(iii)
dalam perenggan (d), dengan memasukkan selepas perkataan “Kumpulan Wang Persaraan
(Diperbadankan)” perkataan “dan dengan kriteria kredit yang boleh diterima”;
Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan)
(iv)
dalam perenggan (h), dengan menggantikan perkataan
“*Akta Perindustrian Sekuriti 1983 [Akta 280]” dengan perkataan “Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] atau sekuriti dalam suatu syarikat yang telah diluluskan untuk disenaraikan di mana-mana bursa saham di luar Malaysia tertakluk kepada penyenaraian sekuriti tersebut telah diluluskan oleh undang-undang dalam bidang kuasa asing”;
(v)
dalam perenggan (j), dengan memotong perkataan
“dan” di hujung perenggan itu; dan
(vi)
dengan memasukkan selepas perenggan (j) perenggan yang berikut:
“(ja) dengan kelulusan Menteri—
(i)
dalam pembangunan bangunan, infrastruktur dan sumber asli, dan kepentingan dalamnya;
(ii)
dalam sekuriti yang diterbitkan atau dijamin sepenuhnya oleh mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan termasuklah sekuriti yang penanggung obligasinya adalah mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral;
(iii)
dalam sekuriti yang diterbitkan atau dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan
Malaysia, dijamin oleh mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan termasuklah sekuriti yang penanggung obligasinya adalah mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan apa-apa surat cara yang diterbitkan oleh Bank Negara
Malaysia;
(iv)
dalam membeli sekuriti atau melanggan apa-apa produk bagi maksud perlindungan nilai pelaburan Kumpulan Wang;
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1496
(v)
dalam dana ekuiti persendirian yang diuruskan oleh—
(A)
mana-mana syarikat pengurusan dana yang didaftarkan dengan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau
Suruhanjaya Syarikat Malaysia;
(B)
mana-mana syarikat pengurusan dana yang didaftarkan oleh mana-mana badan pengawal selia di luar Malaysia; atau
(C)
mana-mana perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan oleh mana-mana badan pengawal selia di luar Malaysia; dan”; dan
(b)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memasukkan selepas perkataan “perenggan (1)(i)” perkataan “dan
(ja)”; dan
(ii)
dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “under paragraph (1)(i)” dengan perkataan
“under paragraphs (1)(i) and (ja)”.
Seksyen baru 21a