Malaysia legislation

Section 8

of AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN (PINDAAN) 2015

Seksyen 8

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 21

seksyen yang berikut:

“Obligasi kerahsiaan 21a.  (1)  Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh

Lembaga—

(a)

tiada anggota Lembaga, Panel Pelaburan, jawatankuasa, pegawai dan pekerja Kumpulan Wang Persaraan

(Diperbadankan) atau mana-mana orang yang

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan)

9

menghadiri apa-apa mesyuarat Lembaga, Panel

Pelaburan atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada dalam atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa melaksanakan tugasnya dan yang tidak disiarkan mengikut Akta ini; dan

(b)

tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) boleh menzahirkan maklumat atau dokumen tersebut.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.

Section 8 — AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN (PINDAAN) 2015