Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA (PINDAAN) 2015

Seksyen 3

Peruntukan kecualian dan peralihan

(2)

Apa-apa tuntutan pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan yang boleh dikemukakan di bawah seksyen 97 Akta ibu hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini, diuruskan di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan

Malaysia 2015.

(3)

Apa-apa hak, obligasi, liabiliti, penalti atau award yang diperoleh, dikenakan, terakru, ditanggung atau dibuat di bawah Akta ibu berhubung dengan suatu tuntutan pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan tidaklah tersentuh oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah seksyen 99

Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.