Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Seksyen 218 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Pematuhan Kod, garis panduan, nota amalan dan arahan”;
(b)
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “dan mana-mana arahan yang dibuat di bawah subseksyen 217(4)”
dengan perkataan “, garis panduan, arahan, nota amalan dan mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya”;
(c)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Tertakluk kepada seksyen 219, seorang pengambil tawaran yang telah mendapat kawalan dalam suatu syarikat hendaklah membuat tawaran pengambilalihan bagi syer mengundi yang tinggal mengikut peruntukan
Kod, garis panduan, arahan, nota amalan dan mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.”;
dan
(d)
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Tertakluk kepada seksyen 219, seorang pengambil yang telah mendapat kawalan tidak boleh memperoleh apa-apa syer mengundi tambahan dalam syarikat itu kecuali mengikut peruntukan Kod, garis panduan, arahan, nota amalan dan mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.”.
Seksyen baru 218a, 218b, 218c dan 218d