Malaysia legislation

Section 280a

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2015

Seksyen 280a

(a)

jika sesuatu memorandum maklumat atau dokumen penzahiran telah diserah simpan dengan Suruhanjaya atau diterbitkan berhubung dengan—

(i)

suatu tawaran bagi langganan atau pembelian debentur;

(ii)

suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli debentur; atau

(iii)

penyediaan debentur; dan

(b)

jika mana-mana orang mengetahui atau menyedari bahawa—

(i)

terdapat suatu perubahan yang signifikan yang menyentuh suatu perkara yang dizahirkan dalam memorandum maklumat atau dokumen penzahiran itu;

(ii)

memorandum maklumat atau dokumen penzahiran itu mungkin mengandungi suatu pernyataan yang material atau maklumat yang palsu atau mengelirukan; atau

(iii)

memorandum maklumat atau dokumen penzahiran itu mungkin mengandungi suatu pernyataan atau maklumat yang daripadanya terdapat peninggalan yang material.

(2)

Jika orang itu mengetahui atau menyedari perkara yang disebut dalam subseksyen (1), dia hendaklah dengan segera memberitahu orang yang bertanggungjawab bagi pengagihan debentur, mengenai perkara itu.

Undang-Undang Malaysia 42

Akta A1499

(3)

Orang yang bertanggungjawab bagi pengagihan debentur itu hendaklah apabila diberitahu di bawah subseksyen (2)

memaklumkan—

(a)

Suruhanjaya; dan

(b)

mana-mana orang yang telah diberikan memorandum maklumat atau dokumen penzahiran itu, mengenai perkara yang disebut dalam subseksyen (1).

(4)

Suruhanjaya boleh, apabila dimaklumkan di bawah subseksyen (3), mengarahkan mana-mana orang untuk membetulkan perkara, maklumat atau pernyataan dalam memorandum maklumat atau dokumen penzahiran itu, atau mengambil apa-apa langkah remedi yang sesuai, sebagaimana yang didapati perlu oleh Suruhanjaya.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, suatu dokumen penzahiran tidak termasuk prospektus.”.

Pindaan seksyen 298

Section 280a — AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2015