Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
Pindaan seksyen 248
(a)
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“mengelirukan dalam” perkataan “dokumen penzahiran atau”;
(b)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Seseorang yang memperoleh, melanggan atau membeli sekuriti dan mengalami kehilangan atau kerugian akibat daripada apa-apa pernyataan atau maklumat yang terkandung dalam mana-mana dokumen penzahiran atau prospektus yang palsu atau mengelirukan, atau yang dalamnya terdapat peninggalan yang material, boleh mendapatkan amaun kehilangan atau kerugian daripada semua atau mana-mana orang yang dinyatakan dalam perenggan yang berikut:
(a)
penerbit dan setiap pengarah seorang penerbit itu pada masa pengeluaran dokumen penzahiran atau prospektus itu;
(b)
seseorang yang bersetuju atau menyebabkan dirinya dinamakan dan telah dinamakan dalam apa-apa dokumen penzahiran atau prospektus itu diberikan kepada seorang pelabur sebagai seorang pengarah atau sebagai
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
37
bersetuju menjadi seorang pengarah, sama ada dengan serta-merta atau selepas suatu lat masa;
(c)
seseorang penganjur, bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang berbangkit daripada dokumen penzahiran atau prospektus atau mana-mana bahagian yang berkaitan dokumen penzahiran atau prospektus itu yang dia merupakan suatu pihak dalam penyediaannya;
(d)
seseorang selain penerbit, yang bertanggungjawab bagi menyediakan dokumen penzahiran atau prospektus itu, atau bertanggungjawab untuk menjalankan usaha yang wajar bagi maklumat atau pernyataan yang terkandung dalam dokumen penzahiran atau prospektus itu, dengan apa jua nama dipanggil dan termasuklah penasihat utama atau pengatur utama;
(e)
seseorang yang dinamakan dalam dokumen penzahiran atau prospektus itu dengan persetujuannya, sebagai yang membuat pernyataan, yang telah dimasukkan dalam dokumen penzahiran atau prospektus itu atau yang padanya suatu pernyataan dibuat dalam dokumen penzahiran atau prospektus itu diasaskan, bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh kemasukan pernyataan itu ke dalam dokumen penzahiran atau prospektus itu;
(f)
seseorang yang dinamakan dalam dokumen penzahiran atau prospektus itu dengan persetujuannya sebagai pembroker stok, pembroker syer, penaja jamin, juruaudit, jurubank atau peguam bela bagi penerbit itu berhubung dengan terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti dan yang telah membuat suatu pernyataan yang dimasukkan dalam dokumen penzahiran
Undang-Undang Malaysia 38
Akta A1499
atau prospektus itu atau yang padanya suatu pernyataan yang dibuat dalam dokumen penzahiran atau prospektus itu diasaskan, bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh kemasukan pernyataan itu ke dalam dokumen penzahiran atau prospektus itu; atau
(g)
seseorang yang membenarkan atau menyebabkan penerbitan apa-apa dokumen penzahiran atau prospektus yang melanggar seksyen 246, bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh pelanggaran itu.”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Bagi maksud perenggan (1)(d), jika seseorang yang bertanggungjawab bagi menyediakan dokumen penzahiran atau prospektus itu, atau bagi menjalankan usaha yang wajar bagi maklumat atau pernyataan yang terkandung dalam dokumen penzahiran atau prospektus itu adalah seorang individu yang bertindak bagi pihak prinsipalnya, kehilangan atau kerugian itu hanya boleh didapatkan daripada prinsipal itu.”.
Penggantian seksyen 256