Malaysia legislation

Section 48

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2015

Seksyen 48

(2)

Berkenaan dengan penerusan hak dan tanggungan lain—

(a)

tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh tanggungan mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi apa-apa kesalahan atau kemungkiran yang dilakukan di bawah Akta ibu sebelum tarikh kuat kuasa atau apa-apa prosiding yang dibawa, hukuman yang dikenakan atau tindakan yang diambil sebelum tarikh kuat kuasa berkenaan dengan kesalahan atau kemungkiran itu; dan

(b)

apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan yang diperoleh, terakru atau yang dilakukan sebelum tarikh kuat kuasa atau apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan itu tidaklah terjejas oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

53

Kemudahan elektronik berdaftar disifatkan pasaran diiktiraf