Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 9
seksyen yang berikut:
“Obligasi untuk mengemukakan pelan perniagaan 9a. (1) Suruhanjaya boleh meminta mana-mana pemegang lesen untuk mengemukakan rancangan perniagaan boleh pinda lima tahun, atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, yang dikemaskinikan atas
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1501
asas tahunan atau apa-apa tempoh masa lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya mengikut tatacara yang diperuntukkan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya.
(2)
Mana-mana pemegang lesen yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Kehendak bagi pelesenan 9b. (1) Walau apa pun mana-mana peruntukan lain Akta ini, jika pada bila-bila masa ternyata pada Suruhanjaya bahawa seorang pemegang lesen tidak mematuhi apa-apa kehendak atau memenuhi apa-apa kewajipan atau obligasinya di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya atau syarat lesen, Suruhanjaya boleh menghendaki pemegang lesen itu untuk membetulkan ketidakpatuhan itu atau untuk mematuhi kehendak, kewajipan atau obligasi atau syarat lesen itu dalam tempoh yang dinyatakan.
(2)
Pemegang lesen yang disebut dalam subseksyen (1)
hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk mematuhi dan mengemukakan laporan pematuhan berkala tentang langkah yang diambil sehingga memuaskan hati
Suruhanjaya.
(3)
Mana-mana pemegang lesen yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Standard prestasi pembekalan dan perkhidmatan oleh pemegang lesen 9c. (1) Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan kod, garis panduan atau arahan mengenai apa-apa standard prestasi pembekalan dan perkhidmatan untuk dilaksanakan oleh pemegang lesen termasuk tatacara bagi—
(a)
memenuhi dengan munasabah kehendak pengguna;
(b)
pengendalian aduan dan pertikaian pengguna;
(c)
tatacara bagi pampasan pengguna dalam hal pelanggaran standard prestasi atau pelanggaran mana-mana obligasi pemegang lesen di bawah Akta; dan
(d)
perlindungan maklumat pengguna.
Bekalan Elektrik (Pindaan)
(2)
Apa-apa tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya menurut seksyen ini berkenaan dengan apa-apa kegagalan oleh mana-mana pemegang lesen untuk memenuhi standard yang disebut dalam subseksyen (1), tidak boleh menjejaskan atau menyentuh apa-apa remedi lain yang mungkin ada berkenaan dengan tindakan atau peninggalan oleh pemegang lesen yang menjadi kegagalan itu di bawah mana-mana undang-undang lain, termasuk Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599].
(3)
Suruhanjaya boleh mengarahkan pemegang lesen untuk menyediakan apa-apa maklumat tentang tahap prestasi yang dicapai dan perkhidmatan yang disediakan berkenaan dengan standard yang disebut dalam subseksyen (1) kepada pengguna atau bakal pengguna.
(4)
Pemegang lesen hendaklah menyiarkan standard perkhidmatan penggunanya sendiri mengikut kod, garis panduan atau arahan yang disebut dalam subseksyen (1).
(5)
Mana-mana pemegang lesen yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Akaun tahunan yang sepatutnya oleh pemegang lesen 9d. (1) Pemegang lesen hendaklah menyimpan dan menyenggara akaun aktiviti tahunan yang sepatutnya di bawah lesen yang mengandungi butir-butir yang mencukupi sebagaimana yang dikehendaki mengenai apa-apa hasil, kos, aset, liabiliti, rizab atau apa-apa perkara lain yang berkaitan.
(2)
Akaun itu hendaklah juga mengikut apa-apa garis panduan atau arahan sebagaimana yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya, dari semasa ke semasa kepada pemegang lesen dan akaun itu hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dengan sewajarnya.
Perkiraan bagi perolehan elektrik 9e. Dalam menjalankan fungsinya di bawah perenggan 4(d), apa-apa perkiraan oleh pemegang lesen atau Pembeli Tunggal bagi perolehan elektrik melalui rangkaian penghantaran elektrik, hendaklah tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya.”.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta A1501
Pindaan seksyen 12