Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Pindaan seksyen 21
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Sebelum siapnya sesuatu pepasangan baru, selain pepasangan yang dipunyai oleh pihak berkuasa bekalan atau pepasangan yang dikendalikan atau dipunyai oleh pemegang lesen, pemunya pepasangan hendaklah mengemukakan, dengan pendua, kepada
Suruhanjaya, suatu permohonan bagi pendaftaran dalam bentuk yang ditetapkan.
Bekalan Elektrik (Pindaan)
(1a)
Suruhanjaya hendaklah menyebabkan pemeriksaan dan ujian dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dan, jika pepasangan itu memuaskan kehendak Akta ini, hendaklah mengeluarkan atau menyebabkan supaya dikeluarkan Perakuan Pendaftaran dalam bentuk yang ditetapkan.”; dan
(b)
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “pepasangan,” perkataan “selain suatu pepasangan yang dikecualikan di bawah subseksyen (1)”.
Seksyen baru 22a dan 22b