Malaysia legislation

Section 18

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2015

Seksyen 18

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 26 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 26

(2)

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan garis panduan mengenai tarif dan caj termasuk—

(a)

perkaedahan, prinsip, kategori dan reka bentuk tarif dan caj;

(b)

tempoh bagi pengenaan tarif dan caj dan bagi kajian semula tarif dan caj; dan

(c)

pengemukaan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki dan difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.

(3)

Pemegang lesen hendaklah mengemukakan suatu cadangan mengenai tarif dan caj kepada Suruhanjaya mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (2).

(4)

Tarif dan caj yang diluluskan hendaklah disiarkan oleh pemegang lesen mengikut apa-apa cara sebagaimana yang

Suruhanjaya berpendapat dapat memastikan publisiti yang mencukupi bagi tarif itu.

(5)

Tarif dan caj yang diluluskan di bawah subseksyen (1)

boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada—

(a)

suatu caj tetap sebagai tambahan kepada caj bagi elektrik yang sebenarnya dibekalkan;

(b)

suatu caj berkenaan dengan ketersediaan bekalan elektrik dan caj itu boleh berubah mengikut takat pembekalan;

(c)

suatu caj sewa atau caj lain berkenaan dengan mana-mana meter elektrik atau loji atau kelengkapan elektrik yang disediakan oleh pemegang lesen;

Bekalan Elektrik (Pindaan)

(d)

suatu kadar atau kuantum diskaun atau premium daripada tarif yang diluluskan berkenaan dengan jenis pengguna tertentu atau maksud awam sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; dan

(e)

suatu kadar atau kuantum bayaran, caj atau levi bagi apa-apa jumlah wang menurut mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.

(6)

Dalam melevikan tarif dan caj menurut subseksyen (1)

dan dalam membuat perjanjian khas di bawah seksyen 29, seseorang pemegang lesen tidak boleh menunjukkan keutamaan tidak wajar atau diskriminasi di kalangan pengguna atau orang yang berada di tempat yang sama dengan mengambil kira tempat dan masa pembekalan, kuantiti elektrik yang dibekalkan, beban pengguna dan faktor kuasa, dan maksud yang baginya bekalan itu diambil.”.

Pindaan seksyen 27