Malaysia legislation

Section 22

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2015

Seksyen 22

Seksyen 30 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dan (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Sesuatu pertikaian antara dua orang atau lebih berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah seksyen 9e, 17, 24 hingga 29 dan 32 hendaklah terlebih dahulu cuba diselesaikan melalui perundingan antara pihak-pihak kepada pertikaian itu.

(2)

Jika pihak-pihak kepada pertikaian itu tidak dapat atau selainnya tidak mencapai suatu persetujuan untuk menyelesaikan pertikaian itu, pihak-pihak itu boleh mencari penyelesaian pertikaian itu melalui suatu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya untuk mendengar dan menyelesaikan pertikaian:

Dengan syarat bahawa dalam hal yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya, pertikaian itu boleh ditentukan melalui timbang tara di bawah seksyen 36.”;

(b)

dalam subseksyen (4)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “seksyen”

perkataan “9e, 17,”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “29”

perkataan “dan 32”; dan

(c)

dalam subseksyen (5), dengan memotong perkataan

“atau penimbang tara, mengikut mana-mana yang berkenaan,”.

Bekalan Elektrik (Pindaan)

23

Seksyen baru 30a dan 30b