Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 30
seksyen yang berikut:
“Pemberitahuan pertikaian dan keputusan mengikat oleh
Suruhanjaya 30a. (1) Mana-mana pihak kepada sesuatu pertikaian boleh, secara bertulis, memberitahu Suruhanjaya mengenai pertikaian yang tidak dapat diselesaikan itu melalui perundingan di bawah subseksyen 30(1).
(2)
Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 30(2) hendaklah hanya bersidang untuk menyelesaikan suatu pertikaian itu jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
(a)
suatu persetujuan untuk menyelesaikan pertikaian itu tidak akan tercapai atau tidak akan tercapai dalam masa yang munasabah; dan
(b)
pertikaian itu dan pemberitahuannya bukan sesuatu yang ringan, remeh atau menyusahkan.
(3)
Jawatankuasa boleh menyelesaikan pertikaian itu atas apa-apa terma dan syarat mengikut yang difikirkannya patut.
(4)
Terma dan syarat di bawah subseksyen (3) hendaklah secara bertulis dan disertakan dengan alasan bagi keputusan jawatankuasa itu.
(5)
Keputusan jawatankuasa itu hendaklah disifatkan sebagai keputusan Suruhanjaya dan mengikat pihak-pihak itu.
(6)
Sesuatu keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini boleh, dengan izin Mahkamah Sesyen, dikuatkuasakan mengikut cara yang sama sebagaimana penghakiman atau perintah yang sama kesannya oleh Mahkamah
Sesyen, dan jika izin telah diberikan sedemikian, penghakiman boleh dibuat mengikut terma keputusan Suruhanjaya itu dan seolah-olah keputusan itu ialah penghakiman Mahkamah itu.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta A1501
(7)
Penghakiman di bawah subseksyen (6) hanya boleh dibuat jika perakuan telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya kepada mana-mana pihak bagi izin untuk dibawa ke Mahkamah bagi penguatkuasaan keputusan itu tetapi tiada perakuan dikehendaki jika suatu tindakan diambil oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini.
Daftar keputusan 30b. (1) Suruhanjaya hendaklah menyenggara suatu daftar bagi semua keputusan yang dibuat di bawah seksyen 30a.
(2)
Daftar itu hendaklah mengandungi—
(a)
nama pihak-pihak kepada pertikaian;
(b)
perihalan am mengenai perkara yang berkaitan dengan keputusan itu; dan
(c)
tarikh keputusan itu.”.
Pindaan seksyen 32