Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
Seksyen 37 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “satu ratus ribu”
dengan perkataan “satu juta”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “lima” dengan perkataan “sepuluh”;
(b)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “lima puluh ribu”
dengan perkataan “satu ratus ribu”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “tiga” dengan perkataan “lima”;
Bekalan Elektrik (Pindaan)
(c)
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya” dengan perkataan yang berikut:
“melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(A)
dikenakan:
(i)
dalam hal pengguna domestik, denda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya;
dan
(ii)
dalam hal pengguna bukan domestik, denda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan
(B)
dikenakan bagi kesalahan kedua dan yang berikutnya:
(i)
dalam hal pengguna domestik, denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya;
dan
(ii)
dalam hal pengguna bukan domestik, denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi lima juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.”;
(d)
dalam subseksyen (10), dengan menggantikan perkataan
“satu ribu” dengan perkataan “dua puluh lima ribu”;
Undang-Undang Malaysia 32
Akta A1501
(e)
dalam subseksyen (12)—
(i)
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “sebahagian daripadanya” perkataan
“yang ditetapkan”; dan
(ii)
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“lima” dengan perkataan “lima puluh”;
(f)
dalam subseksyen (14)—
(i)
dengan memasukkan selepas perkataan “merosakkan”
perkataan “atau mengalihkan”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “lima” dengan perkataan “lima puluh”;
(g)
dengan menggantikan subseksyen (15) dengan subseksyen yang berikut:
“(15) Mana-mana orang—
(a)
yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan terhadap Akta ini yang tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan;
(b)
yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan melanggar mana-mana peruntukan di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan jika tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.”; dan
Bekalan Elektrik (Pindaan)
(h)
dengan menggantikan subseksyen (16) dengan subseksyen yang berikut:
“(16) Bagi maksud subseksyen(3)—
“pepasangan domestik” ertinya pepasangan di rumah kediaman persendirian yang tidak digunakan dalam mana-mana hotel atau rumah tumpangan atau bagi maksud menjalankan apa-apa perniagaan, perdagangan, profesion atau perkhidmatan;
“pengguna bukan domestik” ertinya pengguna elektrik selain pengguna domestik;
“pengguna domestik” ertinya pengguna bagi pepasangan domestik yang dibekalkan atau yang berkaitan dengan elektrik.”.
Seksyen baru 37a dan 37b