Malaysia legislation

Section 29

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2015

Seksyen 29

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 37

seksyen yang berikut:

“Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan 37a.  (1)  Jika suatu kesalahan terhadap Akta ini atau perundangan subsidiarinya telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa yang lain dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas sifat sedemikian atau yang mengikut apa-apa cara atau pada apa-apa takat tanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

Undang-Undang Malaysia 34

Akta A1501

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya;

dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

(2)

Jika mana-mana orang boleh di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu oleh mana-mana pekerja, pekhidmat atau ejennya, atau pekerja atau pekhidmat ejen itu jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—

(a)

oleh pekerja atau pekhidmat orang itu dalam perjalanan urusan pekerjaannya;

(b)

oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu;

atau

(c)

oleh pekerja atau pekhidmat ejen itu dalam perjalanan urusan pekerjaannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen yang bertindak bagi pihak orang itu.

Kesalahan cubaan dan subahat 37b.  Jika mana-mana orang—

(a)

membantu, bersubahat, menolong, menghasut atau mendorong mana-mana orang lain untuk membuat atau membuat bagi pihak seorang yang lain suatu penyata, akaun, pernyataan atau perisytiharan yang salah atau melakukan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini; atau

Bekalan Elektrik (Pindaan)

(b)

cuba untuk membuat atau membuat bagi pihak seorang yang lain suatu penyata, akaun, pernyataan atau perisytiharan yang salah atau melakukan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini, orang itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu di bawah Akta ini dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak melebihi satu setengah daripada tempoh terpanjang yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.”.

Pindaan seksyen 38

Section 29 — AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2015 | mylaw.my