Malaysia legislation

Section 30

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2015

Seksyen 30

Seksyen 38 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika mana-mana orang yang diambil kerja oleh pemegang lesen mendapati keterangan di mana-mana premis yang memberikan alasan yang munasabah untuk dia mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah subseksyen 37(1), (3) atau

(14)

, pemegang lesen atau mana-mana orang yang telah diberi kuasa sewajarnya oleh pemegang lesen hendaklah dalam masa tiga hari bekerja dari tarikh dapatan itu memaklumkan Suruhanjaya secara bertulis, dan pemegang lesen itu boleh, dengan memberikan notis tidak kurang daripada empat puluh lapan jam dari tarikh yang sama mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan, menyebabkan bekalan elektrik dipotong daripada premis itu.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1a) subseksyen yang berikut:

“(1b)  Apabila menerima apa-apa maklumat di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya boleh menentusahkan perkara itu dan dalam hal jika Suruhanjaya mendapati bahawa tiada kesalahan telah dilakukan, bekalan elektrik hendaklah disambung semula dengan serta-merta.”;

Undang-Undang Malaysia 36

Akta A1501

(c)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Pemegang lesen boleh menghendaki pengguna supaya membayar kepadanya bagi kerugian hasil yang disebabkan oleh kesalahan yang dilakukan di bawah subseksyen 37(1), (3) dan (14) dan apa-apa perbelanjaan yang munasabah yang dilakukan secara terus oleh pemegang lesen di bawah seksyen ini termasuk perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan penyambungan semula elektrik mengikut cara sebagaimana yang telah diarahkan oleh

Suruhanjaya:

Dengan syarat bahawa dan tertakluk kepada subseksyen (4), jika pemegang lesen tidak meneruskan tuntutan bagi kerugian hasil dan perbelanjaan itu di mahkamah, pemegang lesen hanya boleh menuntut terhadap pengguna bagi kerugian hasil dan perbelanjaan tersebut bagi tempoh tidak melebihi enam bulan ke belakang dari tarikh kesalahan itu disedari di bawah subseksyen (1).”;

(d)

dalam subseksyen (4)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan

“subseksyen (3)” perkataan “dan pernyataan bertulis itu hendaklah diberitahu kepada pengguna dalam masa empat belas hari bekerja atau apa-apa tempoh yang dilanjutkan dengan kelulusan bertulis

Suruhanjaya selepas pemotongan itu”; dan

(ii)

dalam perenggan (a)—

(A)

dengan memasukkan sebelum perkataan

“dilakukan” perkataan “munasabah”;

(B)

dengan memotong perkataan “dan”

di hujung perenggan itu; dan

(C)

dengan memasukkan selepas perenggan (a), perenggan yang berikut:

“(aa) cara pengiraan kerugian hasil dan butiran perbelanjaan; dan”; dan

Bekalan Elektrik (Pindaan)

(e)

dalam subseksyen (5), dengan memasukkan selepas perkataan “pernyataan bertulis” perkataan “di bawah subseksyen (4)”.

Penggantian seksyen 43

Section 30 — AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2015 | mylaw.my