Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 43 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Seksyen 43
(a)
mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun;
(b)
kriteria bagi mengkompaun kesalahan itu; dan
(c)
kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu.
(2)
Suruhanjaya boleh, dengan keizinan secara bertulis
Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum pertuduhan dimulakan mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada
Suruhanjaya jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.
(3)
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan telah dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar
Undang-Undang Malaysia 38
Akta A1501
dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa pelanjutan masa yang boleh diberikan oleh Suruhanjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(4)
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan mana-mana dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Suruhanjaya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
(5)
Semua jumlah wang yang diterima oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan
Persekutuan.”.
Seksyen baru 44a