Malaysia legislation

Section 32

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2015

Seksyen 32

“Pengkompaunan

seksyen yang berikut:

“Penggunaan talian bekalan, dsb., bagi maksud komunikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 44a.  (1)  Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam

Akta ini dan tertakluk kepada peruntukan seksyen ini dan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan, mana-mana talian bekalan, sebahagian daripada infrastruktur bekalan elektrik, pepasangan, loji atau kelengkapan boleh digunakan bagi maksud komunikasi di bawah Akta Komunikasi dan

Multimedia 1998 [Akta 588].

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengeluarkan kod, garis panduan atau arahan.

(3)

Sebelum dan semasa pengendalian komunikasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, pemegang lesen, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik, pengguna elektrik dan orang yang dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 hendaklah mematuhi apa-apa peraturan, kod, garis panduan dan arahan yang disebut dalam subseksyen

(1)

dan (2).

Bekalan Elektrik (Pindaan)

(4)

Pemegang lesen, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik dan orang yang dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 hendaklah bertanggungjawab bagi memastikan bahawa penyediaan atau pengendalian komunikasi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mematuhi Akta.

(5)

Mana-mana pemunya atau penduduk suatu pepasangan elektrik di premis kediaman atau pengguna elektrik boleh memilih untuk menjadi pengguna atau selainnya bagi perkhidmatan komunikasi yang disediakan oleh orang yang dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang hendaklah mendapatkan persetujuan yang nyata daripada pemunya atau penduduk atau pengguna itu sebelum menyediakan perkhidmatan komunikasi.

(6)

Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mana-mana pemegang lesen atau orang yang dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang tidak mematuhi mana-mana peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan.”.

Bahagian baru IXa

Section 32 — AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2015 | mylaw.my