Malaysia legislation

Section 33

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2015

Seksyen 33

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 44a

Bahagian yang berikut:

“Bahagian IXa

KUMPULAN WANG INDUSTRI ELEKTRIK

Sumbangan oleh pemegang lesen 44b.  (1)  Seseorang pemegang lesen hendaklah, jika dikehendaki oleh Menteri di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menurut syor yang dibuat oleh Suruhanjaya, menguntukkan dan membayar ke dalam Kumpulan Wang

Industri Elektrik, mengikut apa-apa cara dan pada apa-apa kadar sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan atau perintah itu.

(2)

Atas syor Suruhanjaya, Menteri boleh menggantung atau membatalkan kehendak yang dibuat di bawah subseksyen (1).

Undang-Undang Malaysia 40

Akta A1501

Kumpulan Wang Industri Elektrik 44c.  (1)  Suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai

“Kumpulan Wang Industri Elektrik” ditubuhkan dan hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Suruhanjaya.

(2)

Kumpulan Wang Industri Elektrik hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diuntukkan dan dibayar oleh pemegang lesen menurut seksyen 44b;

(b)

apa-apa jumlah wang yang diuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Kumpulan Wang Industri Elektrik dari semasa ke semasa;

(c)

semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat daripada Kumpulan

Wang Industri Elektrik, termasuk faedah pendapatan;

dan

(d)

semua wang lain yang diterima secara sah oleh

Suruhanjaya bagi pihak Kumpulan Wang Industri

Elektrik.

(3)

Kumpulan Wang Industri Elektrik hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk menguruskan impak tarif elektrik terhadap pengguna; atau

(b)

apa-apa maksud lain yang berkaitan dengan industri elektrik sebagaimana yang disifatkan perlu oleh

Suruhanjaya.

Pelaburan 44d.  (1)  Wang dalam Kumpulan Wang Industri Elektrik hendaklah, setakat yang tidak dikehendaki atau tidak dengan serta-merta dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Suruhanjaya bagi maksud subseksyen 44c(3), dilaburkan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.

Bekalan Elektrik (Pindaan)

(2)

Suruhanjaya hendaklah membuka dan menyenggara suatu akaun atau akaun-akaun untuk memegang wang dalam

Kumpulan Wang Industri Elektrik dengan mana-mana bank atau bank-bank di Malaysia sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya, selepas berunding dengan Menteri dan Menteri Kewangan, dan tiap-tiap akaun itu hendaklah dikendalikan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dibenarkan oleh Suruhanjaya bagi maksud itu dari semasa ke semasa.

Akaun 44e.  (1)  Suruhanjaya hendaklah menyebabkan supaya disimpan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang Industri Elektrik dan laporan yang sepatutnya mengenai aktivitinya berkenaan dengan Kumpulan Wang itu dan hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya tahun kewangan

Suruhanjaya, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu—

(a)

suatu penyata akaun yang hendaklah termasuk kunci kira-kira dan akaun bagi sumbangan dan perbelanjaan;

dan

(b)

suatu pernyataan mengenai aktivitinya.

(2)

Suruhanjaya hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan salinan laporan juruaudit kepada

Menteri yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.”.

Pindaan seksyen 45

Section 33 — AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2015 | mylaw.my