Malaysia legislation

Section 38

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2015

Seksyen 38

Seksyen baru 50a, 50b, 50c, 50d, 50e dan 50f

seksyen yang berikut:

“Pembangunan kod oleh Suruhanjaya dan pematuhan baginya 50a.  (1)  Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, membangunkan dan mengeluarkan kod yang berhubungan dengan penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan, pembekalan dan penggunaan elektrik dan bagi keselamatan elektrik.

(2)

Suruhanjaya boleh membangunkan dan mengeluarkan apa-apa kod tambahan sebagaimana yang disifatkannya patut dan suai manfaat atau sebagaimana yang diarahkan oleh

Menteri dari semasa ke semasa, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Semua kod yang dibangunkan dan dikeluarkan menurut seksyen ini hendaklah berkuat kuasa hanya apabila didaftarkan oleh Suruhanjaya.

(4)

Semua pemegang lesen, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik hendaklah mematuhi kod itu.

(5)

Melainkan jika ditentukan selainnya oleh Suruhanjaya, dalam memastikan kebolehpercayaan, keselamatan dan keterjaminan rangkaian elektrik, kod yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah mengatasi mana-mana perjanjian yang mungkin wujud antara pihak-pihak yang disebut dalam subseksyen (4).

Bekalan Elektrik (Pindaan)

45

Penahanan dokumen oleh Suruhanjaya 50b.  (1)  Mana-mana pemegang lesen, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik apabila diarahkan oleh Suruhanjaya hendaklah memberikan dokumen kepada

Suruhanjaya, dan jika tidak berbuat demikian Suruhanjaya boleh mengambil milikan dokumen itu.

(2)

Apa-apa dokumen yang diberikan atau yang diambil oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) boleh ditahan seberapa lama yang perlu oleh Suruhanjaya.

(3)

Orang yang selainnya berhak kepada milikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, dengan salinan yang diperakui oleh Suruhanjaya sebagai suatu salinan sah.

(4)

Sehingga suatu salinan terperaku dibekalkan, Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya, membenarkan orang yang selainnya berhak kepada milikan dokumen itu atau orang yang diberi kuasa oleh orang itu, untuk memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada dokumen itu.

(5)

Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa penahanan dokumen itu tidak lagi diperlukan, Suruhanjaya boleh mengembalikan dokumen itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan kepada orang yang memberikan dokumen itu di bawah subseksyen

(1)

.

Garis panduan atau arahan oleh Suruhanjaya 50c.  (1)  Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan garis panduan atau arahan mengenai apa-apa perkara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini kepada mana-mana pemegang lesen, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik, pengilang atau pengimport berdaftar, orang kompeten atau mana-mana orang.

(2)

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan apa-apa arahan secara bertulis kepada mana-mana pemegang lesen, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan

Undang-Undang Malaysia 46

Akta A1501

domestik, pengilang atau pengimport berdaftar, orang kompeten atau mana-mana orang mengenai pematuhan atau ketidakpatuhan

Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, syarat lesen, termasuk meremedikan pelanggaran syarat lesen atau mengenai apa-apa perkara lain yang menghendaki suatu arahan dibuat atau secara khususnya dibuat menjadi subjek arahan di bawah Akta ini mengikut tatacara yang ditetapkan.

(3)

Garis panduan atau arahan yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah didaftarkan dan hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pendaftaran atau apa-apa tarikh yang kemudian sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam garis panduan atau arahan itu.

(4)

Seorang pemegang lesen atau pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik, pengilang atau pengimport berdaftar, orang kompeten atau mana-mana orang hendaklah mematuhi garis panduan dan arahan itu.

Perubahan, kajian semula atau pembatalan kod, garis panduan atau arahan oleh Suruhanjaya 50d.  (1)  Suruhanjaya boleh mengubah, mengkaji semula atau membatalkan apa-apa kod, garis panduan atau arahan yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

(2)

Tatacara yang dinyatakan dalam subseksyen 50c(3) dan

(4)

hendaklah terpakai berkenaan dengan apa-apa perubahan, kajian semula atau pembatalan kod, garis panduan atau arahan itu.

Kesalahan bagi ketidakpatuhan kod, garis panduan atau arahan Suruhanjaya 50e.  Seseorang yang tidak mematuhi mana-mana kod, garis panduan atau arahan Suruhanjaya yang dikeluarkan di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Bekalan Elektrik (Pindaan)

47

Daftar kod, garis panduan atau arahan 50f.  Suruhanjaya hendaklah menyenggara suatu daftar bagi semua kod, garis panduan atau arahan yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya di bawah Akta ini, termasuk apa-apa perubahan, kajian semula atau pembatalan kod, garis panduan atau arahan itu.”.

Seksyen baru 52a dan 52b