Malaysia legislation

Section 39

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2015

Seksyen 39

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 52

seksyen yang berikut:

“Jaminan maklumat infrastruktur bekalan 52a.  (1)  Mana-mana pemegang lesen sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya yang menyediakan bekalan elektrik kepada pengguna hendaklah bertanggungjawab bagi memelihara kerahsiaan, keutuhan dan ketersediaan maklumatnya, sistem maklumat dan infrastruktur rangkaian sokongan yang berkenaan dengan kewajipan dan perkara-perkara lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini.

(2)

Pemegang lesen hendaklah—

(a)

mengambil langkah-langkah yang perlu, mewujudkan dan melaksanakan standard dan menggunakan kawalan jaminan maklumat yang berkaitan untuk menghalang, mengelakkan, meremedikan, mendapatkan kembali atau meletakkan semula maklumat, dokumen, alat atau rekodnya yang disimpan dalam komputernya dan bagi sistem pengendalian komputernya daripada apa-apa risiko—

(i)

ancaman atau akses tanpa kebenaran; dan

(ii)

gangguan atau penyingkiran;

(b)

mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan ketahanan infrastruktur rangkaian sokongannya untuk mengurangkan impak perniagaan terhadap pelbagai ancaman kepada aktiviti di bawah lesennya; dan

Undang-Undang Malaysia 48

Akta A1501

(c)

memastikan bahawa kebolehpercayaan, keberterusan dan kualiti bekalan elektrik, pelaksanaan kewajipannya dan kepatuhan kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya tidak terjejas, dan hendaklah melaporkan kepada Suruhanjaya dalam masa yang dinyatakan oleh Suruhanjaya, dan sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang menggangu atau menjejaskan prestasi aktiviti di bawah lesen, melaporkan kejadian itu dengan segera kepada Suruhanjaya dan pihak berkuasa lain yang berkaitan.

(3)

Mana-mana pemegang lesen yang tidak mematuhi, mengabaikan untuk mematuhi atau melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

“infrastruktur rangkaian sokongan” merujuk kepada sambungan yang berkaitan, peranti rangkaian, perkakasan dan perisian yang menyediakan perkhidmatan rangkaian dalam menyokong fungsi perniagaan;

“kawalan jaminan maklumat” merujuk kepada cara pengurusan risiko, termasuk dasar, tatacara, garis panduan, amalan atau struktur organisasi, yang boleh dari jenis pentadbiran, teknikal, pengurusan atau perundangan;

“ketahanan” ertinya kebolehan sesuatu organisasi untuk menahan daripada terjejas oleh sesuatu kejadian.

Obligasi untuk memberikan maklumat 52b.  (1)  Suruhanjaya boleh memberi kuasa mana-mana pegawai untuk mendapatkan apa-apa maklumat yang berkenaan dengan pemegang lesen atau mana-mana orang lain di bawah Akta ini dan hendaklah diberi capaian kepada apa-apa maklumat sama ada disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.

Bekalan Elektrik (Pindaan)

(2)

Mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1), hendaklah mempunyai kuasa untuk menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data, data berkomputer dan dokumen yang disimpan oleh pemegang lesen atau mana-mana orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan memuat turun daripadanya, membuat salinannya atau mengambil cabutan daripadanya.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “capaian” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer difahami.

(4)

Mana-mana orang yang enggan memberikan apa-apa maklumat yang dengan munasabahnya mungkin dikehendaki daripadanya di bawah subseksyen (1) dan yang ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 53