Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pindaan seksyen 2
(a)
dengan memasukkan selepas takrif “elektrik” takrif yang berikut:
‘ “faktor kuasa” ertinya nisbah kuasa aktif pada kuasa ketara;’;
(b)
dengan memasukkan selepas takrif ‘“hidup” atau “bertenaga”’
takrif yang berikut:
‘ “ infrastruktur bekalan elektrik” ertinya—
(a)
stesen jana kuasa;
(b)
talian bekalan utama dan talian bekalan;
(c)
pencawang bagi penukaran, pengubahan atau pengawalan elektrik;
(d)
kelengkapan bagi pemeteran, pemantauan atau pengawalan elektrik; dan
(e)
apa-apa dawai, kelengkapan dan laluan termasuk terowong dan lubang atau lain-lain yang digunakan bagi, atau berkaitan dengan, penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan atau pembekalan elektrik, pemegang lesen;’;
(c)
dengan memasukkan selepas takrif “jana kuasa” takrif yang berikut:
‘ “jualan” ertinya aktiviti membekal dan menjual elektrik kepada pengguna akhir;’;
(d)
dalam takrif “kelengkapan”—
(i)
dengan memotong koma selepas perkataan
“tenaga”;
Bekalan Elektrik (Pindaan)
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan “tenaga”
perkataan “atau komunikasi”; dan
(iii)
dengan memasukkan selepas perkataan “aksesori”
perkataan “, produk elektrik, kelengkapan elektrik pengguna”;
(e)
dengan memasukkan selepas takrif “kelengkapan” takrif yang berikut:
‘ “kelengkapan elektrik pengguna” ertinya suatu perkakas, produk, dawai, peranti, aksesori atau apa-apa bahagiannya, yang menggunakan elektrik bervoltan rendah yang—
(a)
dijual kepada orang awam; atau
(b)
tidak memerlukan kemahiran khusus dalam pengendaliannya;’;
(f)
dengan memasukkan selepas takrif “kelengkapan elektrik pengguna” takrif yang berikut:
‘ “kerja elektrik” ertinya apa-apa kerja yang dilaksanakan atau yang dijalankan pada suatu pepasangan elektrik dan termasuklah pemasangan, pembinaan, pendirian atau pembaikan, pengubahan struktur, penggantian mana-mana bahagiannya, penambahan apa-apa bahagian padanya atau penjalanan apa-apa kerja bagi maksud penyenggaraannya, tetapi tidak termasuk kerja berhubung dengan—
(a)
pengilangan suatu pepasangan elektrik atau pemasangan dalam proses, atau berkaitan dengan, pengilangannya bagi maksud menghasilkan barang baru; atau
(b)
peminyakan, penggrisan, pembersihan atau pengecatan suatu pepasangan elektrik;’;
(g)
dengan memasukkan selepas takrif “keselamatan diri”
takrif yang berikut:
‘ “Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai
Eksekutif Suruhanjaya;’;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1501
(h)
dengan memasukkan selepas takrif “Ketua Pegawai
Eksekutif” takrif yang berikut:
‘ “komunikasi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588];’;
(i)
dengan memasukkan selepas takrif “konduktor” takrif yang berikut:
‘ “kualiti kuasa” ertinya ciri-ciri elektrik pada titik yang diberikan pada suatu sistem elektrik, yang dinilaikan dengan membandingkannya dengan suatu set parameter rujukan teknikal seperti magnitud voltan dan arus, frekuensi atau bentuk gelombang;’;
(j)
dengan memasukkan selepas takrif “mati” takrif yang berikut:
‘ “mengasingkan” ertinya mengenal pasti dan memencilkan aktiviti, aset, kos, hasil dan obligasi perkhidmatan Pengendali Sistem atau Pembeli Tunggal daripada pemegang lesen yang disebut masing-masing dalam seksyen 22a dan 22b melalui pemisahan perakaunan, kewangan atau perundangan atau cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya untuk memastikan pengurusan Pengendali Sistem atau Pembeli Tunggal boleh bertindak secara bebas daripada aktiviti di bawah lesen pemegang lesen dan untuk memudahkan persaingan yang berkesan dan meningkatkan ketelusan dalam pengendalian sistem kuasa;’;
(k)
dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:
‘ “meter” ertinya apa-apa perkakas, alat, kelengkapan atau peranti yang digunakan bagi maksud mengukur dan merekodkan jumlah tenaga elektrik atau permintaan maksimum atau faktor kuasa atau mana-mana gabungannya;’;
(l)
dengan memasukkan selepas takrif “pegawai diberi kuasa”
takrif yang berikut:
‘ “Pembeli Tunggal” ertinya mana-mana orang atau sesuatu unit, jabatan atau bahagian yang membentuk sebahagian daripada pemegang lesen yang diberi kuasa di bawah subseksyen 22b(1) bertanggungjawab bagi
Bekalan Elektrik (Pindaan)
7
pengurusan pemerolehan elektrik dan perkhidmatan yang berkaitan, yang termasuklah perancangan, penjadualan, pemerolehan dan penyelesaian, dan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan;’;
(m)
dengan memasukkan selepas takrif “penebat” takrif yang berikut:
‘ “Pengendali Sistem” ertinya mana-mana orang atau sesuatu unit, jabatan atau bahagian yang membentuk sebahagian daripada pemegang lesen yang diberi kuasa di bawah subseksyen 22a(1) bertanggungjawab bagi jaminan sistem, perancangan pengendalian, penghantaran unit jana kuasa, pengendalian masa nyata dan pengawalan sistem kuasa dan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan;’;
(n)
dalam takrif “pepasangan”, dengan memasukkan selepas perkataan “talian bekalan” perkataan “, infrastruktur bekalan elektrik, pepasangan elektrik domestik dan bukan domestik”;
(o)
dengan memasukkan selepas takrif “pihak pengurusan”
takrif yang berikut:
‘ “produk elektrik” ertinya apa-apa kelengkapan, peranti atau perkakas selain kelengkapan elektrik pengguna;’;
(p)
dengan memasukkan selepas takrif “produk elektrik” takrif yang berikut:
‘ “rangkaian pengagihan elektrik” ertinya sesuatu sistem atau sebahagian daripada sesuatu sistem pada voltan nominal di bawah 66 kilovolt pada talian atau kabel elektrik, pencawang dan kelengkapan dan bangunan yang berkaitan bagi pengagihan elektrik tanpa mengira sama ada loji jana kuasa bersambung dengan sistem itu;’;
(q)
dengan memasukkan selepas takrif “rangkaian pengagihan elektrik” takrif yang berikut:
‘ “rangkaian penghantaran elektrik” ertinya sesuatu sistem atau sebahagian daripada sesuatu sistem pada voltan nominal 66 kilovolt dan ke atas pada talian
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1501
bekalan utama atau kabel, pencawang dan kelengkapan dan bangunan yang berkaitan yang digunakan bagi menyalurkan elektrik—
(a)
dari suatu stesen jana kuasa ke suatu pencawang;
(b)
dari satu stesen jana kuasa ke stesen jana kuasa yang lain;
(c)
dari satu pencawang ke pencawang yang lain;
(d)
ke atau dari mana-mana titik saling hubungan;
atau
(e)
ke pengguna akhir;’;
(r)
dengan memasukkan selepas takrif “sistem” takrif yang berikut:
‘ “sistem kuasa” ertinya sesuatu sistem gabungan yang terdiri daripada suatu rangkaian penghantaran elektrik, rangkaian pengagihan elektrik dan stesen jana kuasa yang bersambung dengan rangkaian penghantaran elektrik itu dan termasuklah sebahagian daripada sistem itu;’;
(s)
dengan memotong takrif “voltan amat tinggi”; dan
(t)
dengan memotong takrif “voltan tinggi”.
Pindaan seksyen 4