Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
Seksyen 53 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dalam perenggan (i), dengan memotong perkataan
“bentuk dan kandungan lesen dan syarat-syarat yang hendak ditetapkan,” dan perkataan “lesen dan”;
(ii)
dalam perenggan (l), dengan menggantikan perkataan
“kontraktor pendawaian” dengan perkataan “unit pendawaian persendirian, kontraktor elektrik, kontraktor perkhidmatan elektrik, kontraktor pembaikan elektrik”;
(iii)
dalam perenggan (xa), dengan memotong perkataan
“dan” di hujung perenggan itu; dan
Undang-Undang Malaysia 50
Akta A1501
(iv)
dengan memasukkan selepas perenggan (xa)
perenggan yang berikut:
“(xb) standard, spesifikasi, amalan dan langkah yang hendak digunakan dan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan kualiti kuasa;
(xc)
perkara yang berhubungan dengan pemeteran, pemeteran prabayar, infrastruktur pemeteran, telepemeteran, kelengkapan, produk elektrik dan kelengkapan elektrik pengguna;
(xd)
perkara yang berhubungan dengan penggunaan talian bekalan bagi maksud komunikasi sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 44a;
(xe) berkenaan dengan import dan pengilangan kelengkapan elektrik pengguna, pendaftaran pengimport dan pengilang dan badan penilaian pematuhan yang berkenaan dengan kelengkapan elektrik pengguna, pusat latihan dan pemeriksaan atau institusi dan menetapkan apa-apa fi pendaftaran;
(xf) perkara yang berhubungan dengan Kumpulan
Wang Industri Elektrik;
(xg) perkara yang berhubungan dengan pelesenan di bawah Akta;
(xh) semua fungsi, kewajipan dan tanggungjawab
Pengendali Sistem dan Pembeli
Tunggal;
(xi)
semakan pelan pengurusan keselamatan dan program pengurusan keselamatan dan bagi audit pemegang lesen dan pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik;
Bekalan Elektrik (Pindaan)
51
(xj) fi yang kena dibayar berkenaan dengan penggunaan elektrik dengan cekap oleh kelengkapan dan kelulusannya;
(xk) perkara yang berhubungan dengan pendaftaran orang yang menyediakan perkhidmatan yang berhubungan dengan penggunaan elektrik dengan cekap dan pembayaran fi bagi memproses permohonan dan pendaftaran;
(xl)
perkara dan tempoh masa penyimpanan rekod dan dokumen; dan”; dan
(b)
dalam subsekyen (2)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “lima ribu” dengan perkataan “dua puluh ribu”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “satu tahun”
dengan perkataan “dua tahun”.
Pindaan seksyen 54