Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
(2)
Apa-apa tindakan atau prosiding yang bermula atau belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
(3)
Jika pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini permohonan bagi pendaftaran pepasangan di bawah seksyen 21 Akta ibu masih belum selesai di pihak Suruhanjaya, peruntukan Akta ibu yang berhubungan dengan pendaftaran pepasangan sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini hendaklah terpakai.
(4)
Jika pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini permintaan untuk bekalan elektrik yang masih belum selesai di pihak pemegang lesen, peruntukan Akta ibu yang berhubungan dengan kecualian kepada kewajipan membekalkan elektrik sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini hendaklah terpakai.
(5)
Jika pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini perjanjian khas di bawah seksyen 29 Akta ibu antara pemegang lesen dengan mana-mana orang yang sedang dirundingi, peruntukan Akta ibu yang berhubungan dengan perjanjian khas mengenai bekalan sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini hendaklah terpakai.
Bekalan Elektrik (Pindaan)
(6)
Suatu premis komersial atau perindustrian yang belum diluluskan menurut atau berlanggaran dengan Akta Kerajaan
Tempatan 1976 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terhenti mendapat bekalan elektrik apabila tamat tempoh dua puluh empat bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini melainkan jika premis komersial atau perindustrian itu telah diluluskan menurut atau tidak berlanggaran dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976
dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
(7)
Jika suatu pertikaian di bawah seksyen 9e, 17, 24, 25, 26,
27, 28, 28a, 29 dan 32 Akta ibu timbul sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, peruntukan Akta ibu yang terpakai bagi penentuan pertikaian sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini hendaklah terpakai.
(8)
Jika apa-apa kemalangan atau kebakaran yang menyebabkan atau mengakibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan serius pada harta telah berlaku sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dan pegawai diberi kuasa itu belum mengemukakan laporannya mengenai kemalangan atau kebakaran itu, peruntukan Akta ibu yang terpakai bagi pemberitahuan kemalangan atau kebakaran sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini hendaklah terpakai.
(9)
Mana-mana orang yang memberikan apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan penggunaan elektrik dengan cekap sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah mendaftar dengan Suruhanjaya dalam masa dua belas bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.