Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 5
seksyen yang berikut:
“Kos memegang benda yang disita 5a. Jika apa-apa kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda yang disita di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya dipegang dalam jagaan
Kerajaan atau Suruhanjaya sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah
Akta ini atau perundangan subsidiarinya, kos bagi memegang kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati telah melakukan suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan atau
Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh orang itu dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya.
Pelepasan benda yang disita 5b. (1) Jika apa-apa kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda telah disita di bawah
Akta ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu boleh, pada bila-bila masa selepas itu, dengan keizinan
Pendakwa Raya, melepaskan kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda itu kepada orang yang diputuskan olehnya sebagai berhak secara sah kepada kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda itu jika dia berpuas hati bahawa kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan dalam hal ini, pegawai yang membuat penyitaan itu atau Kerajaan, Suruhanjaya atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau Suruhanjaya tidak boleh bertanggungan bagi apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan kelengkapan, alat, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen, barang atau benda itu telah dibuat dengan suci hati.
Undang-Undang Malaysia 12
(2)
Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang membuat pelepasan apa-apa benda di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu dan menghantar salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya.”.
Pindaan seksyen 7