Malaysia legislation

Section 4

of AKTA INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN (PINDAAN) 2015

Seksyen 4

Seksyen 4 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “memberi kuasa kepada” perkataan “Timbalan

Gabenor atau”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Bank boleh menubuhkan dan memberi kuasa kepada suatu jawatankuasa yang terdiri daripada anggota sebagaimana yang ditentukan oleh Bank untuk melaksanakan mana-mana atau semua fungsinya di bawah Akta ini bagi pihak dan atas nama Bank.”; dan

(c)

dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “mana-mana atau semua fungsinya” perkataan

“bagi pihak dan atas nama Bank”.

Penggantian seksyen 5