Malaysia legislation

Section 5

of AKTA INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN (PINDAAN) 2015

Seksyen 5

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), lembaga pengarah hendaklah—

(a)

memastikan bahawa strategi yang diikuti oleh institusi yang ditetapkan adalah selaras dengan dokumen konstituennya dan apa-apa penentuan yang dibuat oleh Bank menurut subseksyen 28(1), dan bahawa institusi yang ditetapkan itu mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk menguruskan strategi itu;

(b)

menetapkan dan mengawasi pelaksanaan objektif dan strategi perniagaan dan risiko, dan dalam melakukan hal sedemikian, hendaklah mengambil kira daya maju jangka panjang institusi yang ditetapkan itu dan standard urus niaga adil yang munasabah;

(c)

memastikan dan mengawasi keberkesanan reka bentuk dan pelaksanaan kawalan dalaman yang kukuh, pematuhan dan sistem pengurusan risiko setara dengan jenis, skala dan kerumitan perniagaan dan struktur institusi yang ditetapkan itu;

(d)

mengawasi pelaksanaan pengurusan kanan dalam menguruskan perniagaan dan hal ehwal institusi yang ditetapkan itu;

(e)

memastikan bahawa terdapat suatu proses pelaporan kewangan yang boleh dipercayai dan telus dalam institusi yang ditetapkan itu; dan

(f)

menggalakkan komunikasi yang tepat pada masanya dan berkesan antara institusi yang ditetapkan itu dengan Bank mengenai perkara yang menyentuh atau yang boleh menyentuh keselamatan dan kekukuhan institusi yang ditetapkan itu.

(3)

Dalam menjalankan fungsinya dan kewajipannya di bawah seksyen ini, lembaga pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah mengambil kira kepentingan pelanggan dan pendeposit institusi yang ditetapkan itu.”.

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

13

Seksyen baru 5a