Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Walau apa pun subseksyen 21(1) Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012, ahli Lembaga Tatatertib yang dilantik dari 5 Julai 2013 hingga 4 Julai 2015 hendaklah disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya.
(3)
Apa-apa perbuatan, tindakan yang diambil atau keputusan yang dibuat oleh Pengerusi atau ahli Lembaga Tatatertib semasa tempoh pelantikan mereka sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2) tidak boleh dipersoalkan atau ditidaksahkan hanya oleh sebab pelantikan atau tempoh jawatan Pengerusi dan ahli Lembaga Tatatertib itu.