Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Seksyen baharu 6a
seksyen yang berikut:
“Pengosongan jawatan 6a. (1) Jawatan seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(r) atau (s) dan jawatan anggota jawatankuasa yang bukan anggota Majlis hendaklah menjadi kosong sekiranya—
(a)
dia meninggal dunia;
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1511
(b)
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii)
mana-mana kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;
(c)
dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
(d)
dia menjadi bankrap;
(e)
berkenaan dengan anggota Majlis, dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran
Pengerusi, dan berkenaan dengan anggota jawatankuasa yang bukan anggota Majlis, dia tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran pengerusi jawatankuasa itu;
(f)
berkenaan dengan anggota Majlis, pelantikannya dibatalkan oleh Menteri, dan berkenaan dengan anggota jawatankuasa yang bukan anggota Majlis, pelantikannya dibatalkan oleh Majlis; atau
(g)
dia meletakkan jawatan.
(2)
Jika seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(r) atau (s) terhenti daripada menjadi anggota
Majlis, oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi tempoh berbaki yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik mengikut peruntukan yang terpakai.”.
Kanak-Kanak (Pindaan)
15
Pindaan seksyen 7