Malaysia legislation

Section 12

of AKTA KANAK-KANAK (PINDAAN) 2016

Seksyen 12

Seksyen 7 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“pelindungan” dengan perkataan “pemeliharaan dan pelindungan”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Sesuatu Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

tidak lebih daripada tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam perkara yang berhubungan dengan pemeliharaan dan pelindungan kanak-kanak, yang dilantik oleh Menteri;

(b)

seorang pegawai perubatan; dan

(c)

seorang pegawai kanan polis.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Menteri boleh melantik mana-mana anggota yang disebut dalam perenggan (2)(a) untuk menjadi pengerusi sesuatu Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak.”;

dan

(d)

dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “hendaklah” perkataan “diselia oleh seorang

Pelindung dan hendaklah”.

Seksyen baharu 7a