Malaysia legislation

Section 13

of AKTA KANAK-KANAK (PINDAAN) 2016

Seksyen 13

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 7

seksyen yang berikut:

“Penubuhan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak 7a.  (1)  Majlis hendaklah menubuhkan di seluruh Malaysia kumpulan-kumpulan orang, setiap kumpulan dikenali sebagai

Undang-Undang Malaysia 16

Akta A1511

“Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak”, bagi maksud menyelaraskan perkhidmatan-perkhidmatan setempat kepada keluarga-keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak—

(a)

memerlukan atau disyaki memerlukan pelindungan dan pemulihan; atau

(b)

didapati bersalah atas apa-apa kesalahan.

(2)

Sesuatu Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

tidak lebih daripada tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam perkara yang berhubungan dengan pelindungan dan pemulihan kanak-kanak, yang dilantik oleh

Menteri;

(b)

seorang Pegawai Pendidikan; dan

(c)

seorang pegawai kanan polis.

(3)

Menteri boleh melantik mana-mana anggota yang disebut dalam perenggan (2)(a) untuk menjadi pengerusi sesuatu Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak.

(4)

Sesuatu Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak hendaklah diselia oleh seorang pegawai akhlak atau Pelindung dan hendaklah mempunyai kuasa untuk membawa turut serta dari semasa ke semasa mana-mana orang lain yang semunasabahnya diperlukan olehnya untuk membantunya melaksanakan fungsi dan kewajipannya atau sebagaimana yang diperlukan oleh hal keadaan setiap kes, termasuklah mana-mana orang yang layak untuk memberikan nasihat tentang faktor-faktor peribumi, etnik, kebudayaan atau agama yang berkaitan.”.

Seksyen baharu 8a

Section 13 — AKTA KANAK-KANAK (PINDAAN) 2016 | mylaw.my