Malaysia legislation

Section 19

of AKTA KANAK-KANAK (PINDAAN) 2016

Seksyen 19

Seksyen 18 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1);

(b)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “Pelindung” di mana-mana jua terdapat perkataan

“, Pembantu Pelindung”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(2)  Seseorang Pelindung yang mengambil seseorang kanak-kanak ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen ini hendaklah, sebaik selepas pengambilan itu, menyebabkan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu diberitahu tentang pengambilan itu.

Kanak-Kanak (Pindaan)

(3)

Seseorang Pembantu Pelindung atau pegawai polis yang mengambil seseorang kanak-kanak ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen ini hendaklah—

(a)

sebaik selepas pengambilan itu, memberitahu

Pelindung tentang pengambilan itu dan menyebabkan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu diberitahu tentang pengambilan itu; dan

(b)

dalam masa dua belas jam selepas pengambilan itu, membawa kanak-kanak itu ke hadapan

Pelindung.

(4)

Jika kanak-kanak yang dibawa ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen ini lepas lari atau dipindahkan tanpa kebenaran yang sah, Pelindung hendaklah menyiasat hal keadaan kes itu dan memberitahu ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu tentang pelepasan lari atau pemindahan kanak-kanak itu.

(5)

Mana-mana kanak-kanak yang dibawa ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen ini yang lepas lari atau dipindahkan tanpa kebenaran yang sah boleh ditangkap tanpa waran oleh Pelindung, Pembantu

Pelindung atau pegawai polis.

(6)

Jika kanak-kanak itu ditangkap oleh Pelindung, kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan

Mahkamah Bagi Kanak-Kanak oleh Pelindung mengikut seksyen 19.

(7)

Jika kanak-kanak itu ditangkap oleh Pembantu

Pelindung atau pegawai polis, kanak-kanak itu hendaklah dengan serta-merta dibawa ke hadapan Pelindung dan Pelindung hendaklah membawa kanak-kanak itu ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut seksyen 19.

(8)

Mana-mana orang yang—

(a)

memindahkan seseorang kanak-kanak daripada jagaan sementara di bawah subseksyen (1)

tanpa kebenaran yang sah;

Undang-Undang Malaysia 22

Akta A1511

(b)

dengan sedar membantu atau mendorong, secara langsung atau tidak langsung, seseorang kanak-kanak untuk lepas lari daripada jagaan sementara di bawah subseksyen (1); atau

(c)

dengan sedar menyorokkan atau menyembunyikan seseorang kanak-kanak yang telah lepas lari sedemikian, atau menghalang kanak-kanak itu untuk kembali ke dalam jagaan sementara di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 19