Malaysia legislation

Section 21

of AKTA KANAK-KANAK (PINDAAN) 2016

Seksyen 21

Seksyen 20 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan “atau pegawai polis” di mana-mana jua terdapat;

Kanak-Kanak (Pindaan)

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Jika Pembantu Pelindung atau pegawai polis yang mengambil seseorang kanak-kanak ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen 18 berpendapat bahawa kanak-kanak itu memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan, Pembantu Pelindung atau pegawai polis itu boleh tidak membawa kanak-kanak itu ke hadapan Pelindung di bawah perenggan 18(3)(b)

sebaliknya mengemukakan kanak-kanak itu ke hadapan seorang pegawai perubatan.”;

(c)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “Pelindung” perkataan “, Pembantu Pelindung”;

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Jika kanak-kanak yang dibawa ke dalam jagaan sementara oleh Pembantu Pelindung atau pegawai polis—

(a)

dikemukakan ke hadapan seorang pegawai perubatan di bawah subseksyen (1a); atau

(b)

ialah seorang pesakit di suatu hospital dan ditinggalkan di hospital itu di bawah subseksyen

(2)

, untuk menjalani pemeriksaan atau rawatan perubatan,

Pembantu Pelindung atau pegawai polis itu hendaklah memberitahu Pelindung mengenai tindakannya itu.”;

(e)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Jika Pembantu Pelindung tidak mengambil seseorang kanak-kanak ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen 18 tetapi dia berpuas hati atas alasan yang munasabah bahawa kanak-kanak itu memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan, dia boleh, dengan kelulusan Pelindung, mengarahkan secara bertulis orang yang pada hematnya sedang memelihara kanak-kanak itu supaya membawa kanak-kanak itu kepada seorang pegawai perubatan dengan serta-merta.”; dan

Undang-Undang Malaysia 24

Akta A1511

(f)

dalam subseksyen (4)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “subseksyen (3)”

dengan perkataan “subseksyen (3) dan (3a)”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “Pelindung”

perkataan “, Pembantu Pelindung”.

Pindaan seksyen 21

Section 21 — AKTA KANAK-KANAK (PINDAAN) 2016 | mylaw.my