Malaysia legislation

Section 28

of AKTA KANAK-KANAK (PINDAAN) 2016

Seksyen 28

Pindaan seksyen 30

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan memasukkan sebelum perkataan “boleh”

perkataan “, selepas mengambil kira bahawa meletakkan kanak-kanak dalam pemeliharaan berasaskan keluarga adalah sebaik-baiknya,”;

(ii)

dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:

Undang-Undang Malaysia 26

Akta A1511

“(c)  dalam hal seseorang kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu atau bapa atau penjaga atau yang telah terbuang sebagaimana yang diperihalkan dalam perenggan 17(1)(e), membuat perintah—

(i)

meletakkan kanak-kanak itu dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalan ibu atau bapa peliharaan yang didapati sesuai oleh Ketua Pengarah selama tempoh dua tahun dari tarikh kanak-kanak itu diletakkan dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalan ibu atau bapa peliharaan itu atau sehingga kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun, mengikut mana-mana yang lebih pendek, dan sementara itu, meletakkan kanak-kanak itu di suatu tempat selamat; atau

(ii)

meletakkan kanak-kanak itu dalam pemeliharaan orang yang layak dan sesuai selama tempoh dua tahun dari tarikh perintah itu atau sehingga kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun, mengikut mana-mana yang lebih pendek;”;

(iii)

dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:

“(ca) membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu di suatu pusat selama tempoh tiga tahun dari tarikh perintah itu atau sehingga kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun, mengikut mana-mana yang lebih pendek;”;

(iv)

dengan menggantikan perkataan “; atau” di hujung perenggan (d) dengan noktah; dan

(v)

dengan memotong perenggan (e);

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Sebagai tambahan kepada perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(a), (b), (c) atau (ca), Mahkamah

Kanak-Kanak (Pindaan)

27

Bagi Kanak-Kanak boleh membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu di bawah pengawasan—

(a)

seorang Pelindung; atau

(b)

seorang lain yang dilantik bagi maksud itu oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, selama suatu tempoh yang dinyatakan oleh Mahkamah

Bagi Kanak-Kanak itu.”;

(c)

dalam subseksyen (2) dan (3), dengan menggantikan perkataan “perenggan (1)(e)” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “subperenggan (1)(c)(i)”;

(d)

dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan

“(1)(e)” dengan perkataan “(1)(c)”; dan

(e)

dalam perenggan (13)(b), dengan memasukkan selepas perkataan “tempat selamat” perkataan “atau pusat”.

Pindaan seksyen 31