Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
Seksyen 31 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “kanak-kanak itu” perkataan “atau bertindak secara cuai”;
(ii)
dengan menggantikan perkataan “dua puluh” dengan perkataan “lima puluh”; dan
(iii)
dengan menggantikan perkataan “sepuluh” dengan perkataan “dua puluh”;
Undang-Undang Malaysia 28
Akta A1511
(b)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Mahkamah hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dinyatakan dalam subseksyen (1), memerintahkan supaya orang yang disabitkan atas kesalahan di bawah subseksyen itu—
(a)
menyempurnakan suatu bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama apa-apa tempoh dan dengan apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Mahkamah; dan
(b)
melaksanakan khidmat masyarakat.”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Khidmat masyarakat yang disebut dalam perenggan (2)(b)—
(a)
tidak boleh kurang daripada tiga puluh enam jam dan tidak lebih daripada dua ratus empat puluh jam secara agregat;
(b)
hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dari tarikh perintah itu;
dan
(c)
hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh Mahkamah.
(3b)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah
Mahkamah supaya melaksanakan khidmat masyarakat di bawah perenggan (2)(b) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.”.
Pindaan seksyen 32