Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], yang disebut “Akta ibu”
dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dalam takrif “anggota keluarga”, dengan menggantikan perkataan “anggota keluarga luas, yang merupakan seorang anggota rumah” dengan perkataan “saudara”;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1511
AKTA KANAK-KANAK (PINDAAN) 2016
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1511
(ii)
dengan memotong takrif “anggota rumah”;
(iii)
dalam takrif “asrama akhlak”, dengan menggantikan perkataan “Bahagian X” dengan perkataan “seksyen 46 dan 98”;
(iv)
dalam takrif “hospital”, dengan menggantikan perkataan
“Universiti” dengan perkataan “institusi pengajian tinggi awam, tetapi tidak termasuk mana-mana bahagian hospital Kerajaan atau hospital pelatih perubatan sesuatu institusi pengajian tinggi awam, yang diswastakan atau diperbadankan”;
(v)
dalam takrif “ibu atau bapa peliharaan”, dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan
“perenggan 30(1)(e)” dengan perkataan
“subperenggan 30(1)(c)(i)”;
(vi)
dengan memotong takrif “Jawatankuasa Kebajikan
Kanak-Kanak”;
(vii)
dengan memasukkan selepas takrif “kanak-kanak dalam percubaan” takrif yang berikut:
‘ “kaunselor” ertinya mana-mana kaunselor, penolong kaunselor, pegawai psikologi atau penolong pegawai psikologi di Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan;’;
(viii)
dengan memotong takrif “keluarga luas”;
(ix)
dengan memasukkan sebelum takrif “Ketua Pengarah”
takrif yang berikut:
‘ “Ketua Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar Kanak-Kanak yang dilantik di bawah subseksyen 9(1);’;
(x)
dalam takrif “Ketua Pengarah”, dengan memasukkan selepas perkataan “Ketua Pengarah Kebajikan
Masyarakat” perkataan “dan termasuklah Pengarah
Kebajikan Masyarakat Negeri bagi setiap Negeri”;
Kanak-Kanak (Pindaan)
(xi)
dengan memasukkan selepas takrif “Ketua Pengarah”
takrif yang berikut:
‘ “khidmat masyarakat” ertinya apa-apa kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan demi kebaikan orang awam keseluruhannya di bawah ruang lingkup Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan;’;
(xii)
dengan menggantikan takrif “Mahkamah Pengawas”
dengan takrif yang berikut:
‘ “Mahkamah Pengawas” ertinya Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak bagi daerah atau kawasan yang seseorang kanak-kanak dikehendaki—
(a)
untuk tinggal di bawah suatu perintah percubaan;
(b)
untuk melaksanakan khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat;
atau
(c)
untuk diletakkan atau ditahan di bawah mana-mana perintah lain yang dibuat di bawah Akta ini;’;
(xiii)
dalam takrif “Majlis”, dengan menggantikan perkataan
“Majlis Penyelaras bagi Pelindungan Kanak-Kanak”
dengan perkataan “Majlis Kebangsaan bagi Kanak-Kanak”;
(xiv)
dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:
‘ “Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak” ertinya sesuatu pasukan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah seksyen 7a;’;
(xv)
dengan memasukkan selepas takrif “Pegawai Kebajikan
Masyarakat” takrif yang berikut:
‘ “Pegawai Pendidikan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Pendidikan 1996 [Akta 550];
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1511
“pegawai penjara” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Penjara 1995;’;
(xvi)
dalam takrif “pegawai perubatan”, dengan menggantikan perkataan “Universiti” dengan perkataan “institusi pengajian tinggi awam, tetapi tidak termasuk pengamal perubatan berdaftar di mana-mana bahagian hospital Kerajaan atau hospital pelatih perubatan sesuatu institusi pengajian tinggi awam, yang diswastakan atau diperbadankan”;
(xvii)
dalam takrif “Pelindung”, dengan memotong perenggan (d);
(xviii)
dengan memasukkan selepas takrif “Pelindung”
takrif yang berikut:
‘ “Pembantu Pelindung” ertinya seseorang yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 8a;
“pemeliharaan berasaskan keluarga” ertinya pemeliharaan seseorang kanak-kanak dalam suasana kekeluargaan termasuk—
(a)
pemeliharaan seseorang kanak-kanak oleh ibu atau bapa, penjaga atau saudara;
(b)
pemeliharaan seseorang kanak-kanak oleh ibu atau bapa peliharaan atau orang yang layak dan sesuai; atau
(c)
pemeliharaan seseorang kanak-kanak di suatu pusat;’;
(xix)
dalam takrif “Pendaftar”—
(A)
dengan memotong perkataan “Yang
Memerlukan Pelindungan”; dan
(B)
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “Pendaftar Besar”
dengan perkataan “Ketua Pendaftar”;
(xx)
dengan memotong takrif “Pendaftar Besar” yang terdapat selepas takrif “Pendaftar”;
Kanak-Kanak (Pindaan)
(xxi)
dengan memasukkan selepas takrif “penjaga” takrif yang berikut:
‘ “perintah khidmat masyarakat” ertinya suatu perintah yang menghendaki seseorang kanak-kanak untuk melaksanakan khidmat masyarakat di bawah seksyen 97a;’;
(xxii)
dengan menggantikan takrif “pusat” dengan takrif yang berikut:
‘ “pusat” ertinya sesuatu tempat berlindung yang ditubuhkan atau dikendalikan oleh mana-mana orang termasuk Kerajaan Negeri, sama ada—
(a)
secara perseorangan; atau
(b)
melalui kerjasama atau usaha sama dengan
Kerajaan Persekutuan, sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak di bawah seksyen 53a;’;
(xxiii)
dengan memasukkan selepas takrif “rumah pelacuran”
takrif yang berikut:
‘ “saudara” ertinya seseorang yang mempunyai hubungan persaudaraan melalui pertalian darah seibu sebapa atau pertalian darah seibu atau sebapa, atau melalui perkahwinan atau pengangkatan, termasuk pengangkatan de facto;’; dan
(xxiv)
dalam takrif “Sekolah Henry Gurney”, dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“Ketua Pengarah Penjara” dengan perkataan
“Komisioner Jeneral Penjara”; dan
(b)
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur” perkataan
“, Wilayah Persekutuan Putrajaya”.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1511
Pindaan Bahagian II