Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Seksyen 38 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan (b);
(b)
dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (c)
dengan koma bertitik; dan
(c)
dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:
“(d) telah dibawa masuk ke atau akan dihantar keluar dari Malaysia dan penjagaan kanak-kanak itu telah diperoleh sama ada—
(i)
selepas dibeli; atau
Kanak-Kanak (Pindaan)
(ii)
dengan fraud, pernyataan palsu atau dakwaan palsu, sama ada atau tidak bagi maksud pelacuran atau bagi melakukan persetubuhan dengan seseorang lain atau bagi maksud lucah;
(e)
telah diperoleh sama ada di dalam atau luar Malaysia bagi maksud digunakan, dilatih atau diberikan sebagai seorang pelacur; atau
(f)
sedang ditahan bertentangan dengan kemahuannya—
(i)
bagi maksud pelacuran atau bagi melakukan persetubuhan dengan seseorang lain atau bagi maksud lucah; atau
(ii)
bagi maksud dihantar keluar dari Malaysia bagi pelacuran atau bagi melakukan persetubuhan dengan seseorang lain atau bagi maksud lucah.”.
Pindaan seksyen 39