Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
Seksyen 41 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“permohonannya sendiri dalam bentuk yang ditetapkan”
dengan perkataan “permohonan kanak-kanak itu atau ibu atau bapa atau penjaganya”;
(b)
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Tertakluk kepada subseksyen (4) dan (5), dan jika hal keadaan memerlukannya, orang yang menjaga mana-mana tempat perlindungan boleh, atas permohonan yang dibuat kepadanya oleh kanak-kanak itu atau oleh ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu, menerima masuk ke tempat perlindungan itu mana-mana kanak-kanak yang memerlukan pelindungan dengan segera.”;
dan
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:
“(7) Pelindung boleh mengenakan apa-apa syarat atau memberikan apa-apa arahan yang difikirkannya patut bagi maksud memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang diterima masuk atau dibawa di bawah seksyen ini, dan syarat atau arahan itu boleh termasuk yang berikut:
(a)
bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu dengan ditemani oleh kanak-kanak itu hendaklah menghadiri bengkel interaktif yang dianjurkan di pusat-pusat yang ditetapkan yang ditubuhkan bagi maksud sedemikian;
(b)
bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu hendaklah melawat kanak-kanak itu secara tetap sebagaimana yang ditentukan oleh Pelindung; atau
(c)
bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu dengan ditemani oleh kanak-kanak itu hendaklah menghadiri sesi kaunseling yang dijalankan oleh seorang kaunselor.”.
Undang-Undang Malaysia 40
Akta A1511
Pemotongan seksyen 42