Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 46 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Seksyen 46
(a)
oleh ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu, atas alasan bahawa ibu atau bapa atau penjaga itu tidak berupaya untuk menjalankan pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak itu dan kanak-kanak itu mula terlibat dalam pergaulan yang tidak sihat; atau
(b)
oleh Pelindung dalam hal kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu atau bapa atau penjaga atau telah dibuang oleh ibu atau bapa atau penjaganya dan selepas siasatan yang munasabah ibu atau bapa atau penjaga itu tidak dapat ditemui, atas alasan bahawa kanak-kanak itu tidak berada di bawah pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya dan kanak-kanak itu mula terlibat dalam pergaulan yang tidak sihat.
(2)
Setelah menerima permohonan di bawah perenggan (1)(a),
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah menentukan bahawa ibu atau bapa atau penjaga itu—
(a)
memahami sifat dan akibat permohonannya; dan
(b)
bersetuju untuk meneruskan permohonannya itu.
(3)
Selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1)
dan dalam hal permohonan yang dibuat di bawah perenggan (1)(a)
penentuan di bawah subseksyen (2) telah dibuat, Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak—
(a)
hendaklah dengan serta-merta menyiasat hal keadaan kes kanak-kanak itu;
Undang-Undang Malaysia 42
Akta A1511
(b)
hendaklah mengarahkan seorang pegawai akhlak untuk menyediakan dan mengemukakan suatu laporan akhlak kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk
Mahkamah itu menentukan sama ada suatu perintah di bawah subseksyen (5) boleh dibuat berkenaan dengan kanak-kanak itu; dan
(c)
boleh memerintahkan supaya kanak-kanak itu ditahan buat sementara di suatu asrama akhlak atau pusat jika difikirkannya perlu untuk berbuat demikian.
(4)
Bagi membolehkan pegawai akhlak menyediakan dan mengemukakan laporan akhlak yang disebut dalam perenggan (3)(b), Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh, dari semasa ke semasa, menangguhkan kes itu selama suatu tempoh tidak melebihi satu bulan pada satu-satu masa.
(5)
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh, selepas menimbangkan laporan akhlak yang disebut dalam perenggan (3)(b) dan mengambil kira bahawa meletakkan kanak-kanak dalam pemeliharaan berasaskan keluarga adalah sebaik-baiknya—
(a)
membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai;
(b)
membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu di suatu pusat;
(c)
membuat suatu perintah menahan kanak-kanak itu di suatu asrama akhlak; atau
(d)
membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu di bawah pengawasan—
(i)
seorang pegawai akhlak; atau
(ii)
mana-mana orang yang dilantik bagi maksud itu oleh Mahkamah, selama suatu tempoh yang dinyatakan oleh Mahkamah.
Kanak-Kanak (Pindaan)
(6)
Sebagai tambahan kepada perintah yang dibuat di bawah perenggan (5)(a), (b) atau (c), Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu di bawah pengawasan—
(a)
seorang pegawai akhlak; atau
(b)
mana-mana orang yang dilantik bagi maksud itu oleh
Mahkamah, selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dari tarikh perintah itu.
(7)
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh, dalam membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (5), mengenakan apa-apa syarat atau memberikan apa-apa arahan yang difikirkan patut oleh Mahkamah bagi maksud memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat, dan syarat atau arahan itu boleh termasuk yang berikut:
(a)
bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu hendaklah melawat kanak-kanak itu secara tetap sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak;
(b)
bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu dengan ditemani oleh kanak-kanak itu hendaklah menghadiri bengkel interaktif yang dianjurkan di pusat-pusat yang ditetapkan yang ditubuhkan bagi maksud sedemikian;
(c)
bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu dengan ditemani oleh kanak-kanak itu hendaklah menghadiri sesi kaunseling yang dijalankan oleh seorang kaunselor; atau
(d)
jika kanak-kanak itu berada di suatu institusi pendidikan, bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu hendaklah berunding dengan guru dan guru besar atau pengetua kanak-kanak itu sebulan sekali.
Undang-Undang Malaysia 44
Akta A1511
(8)
Mana-mana ibu atau bapa atau penjaga yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan atau arahan yang diberikan di bawah subseksyen (7) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.”.
Pindaan seksyen 47