Malaysia legislation

Section 62

of AKTA KANAK-KANAK (PINDAAN) 2016

Seksyen 62

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 83

seksyen yang berikut:

“Tangkapan 83a.  (1)  Seseorang kanak-kanak yang ditangkap tidak boleh digari melainkan jika—

(a)

kesalahan yang kerananya dia ditangkap ialah jenayah berat; atau

(b)

kanak-kanak itu menentang dengan kekerasan usaha untuk menangkapnya atau cuba untuk mengelakkan tangkapan itu.

(2)

Apabila seseorang kanak-kanak ditangkap, dia hendaklah diberitahu mengenai alasan penangkapannya, dan pegawai polis hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, sebelum memulakan apa-apa bentuk soal siasat atau perakaman apa-apa kenyataan daripada kanak-kanak itu, menghubungi ibu atau bapa atau penjaga, atau saudara kanak-kanak itu dan seorang pegawai akhlak untuk memberitahu mengenai—

(a)

keberadaan kanak-kanak itu;

(b)

alasan kanak-kanak itu ditangkap; dan

(c)

hak untuk berunding dengan peguam pilihan kanak-kanak itu.

(3)

Pegawai polis boleh membenarkan pegawai akhlak dan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu untuk hadir di tempat di mana kanak-kanak itu ditahan selepas ditangkap untuk memastikan kebajikan kanak-kanak itu.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh kuasa seseorang pegawai polis untuk memperlakukan kanak-kanak yang ditangkap mengikut Kanun Tatacara

Jenayah.”.

Undang-Undang Malaysia 52

Akta A1511

Pindaan seksyen 85