Malaysia legislation
Section 69
Seksyen 69
Bahagian X Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 97 Bab yang berikut:
“Bab 3a
PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT
Perintah khidmat masyarakat 97a. (1) Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang olehnya atau di hadapannya seseorang kanak-kanak didapati bersalah atas sesuatu kesalahan, berpendapat bahawa adalah patut untuk
Mahkamah itu berbuat demikian, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh membuat suatu perintah yang menghendaki kanak-kanak itu untuk melaksanakan khidmat masyarakat tidak melebihi satu ratus dua puluh jam secara agregat dalam tempoh tidak melebihi enam bulan, pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang dinyatakan oleh
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.
(2)
Semasa tempoh perintah khidmat masyarakat, kanak-kanak itu—
(a)
hendaklah patuh kepada pengawasan seorang Pegawai
Kebajikan Masyarakat;
(b)
hendaklah melaksanakan khidmat masyarakat bagi bilangan jam secara agregat yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam tempoh tidak melebihi enam bulan;
Kanak-Kanak (Pindaan)
(c)
tidak boleh melakukan apa-apa kesalahan; dan
(d)
hendaklah mematuhi apa-apa kehendak lain, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dengan mengambil kira hal keadaan kes itu termasuk mana-mana satu atau lebih daripada yang berikut:
(i)
bahawa kanak-kanak itu hendaklah menghadiri bengkel interaktif yang dianjurkan di pusat-pusat yang ditetapkan yang ditubuhkan bagi maksud sedemikian;
(ii)
jika kanak-kanak itu berada di suatu institusi pendidikan, bahawa kanak-kanak itu hendaklah hadir di institusi itu; atau
(iii)
bahawa kanak-kanak itu hendaklah menghadiri sesi kaunseling yang dijalankan oleh seorang kaunselor.
(3)
Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak membuat suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen (1),
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah—
(a)
menimbangkan syor dan pandangan pegawai akhlak mengenai kesesuaian khidmat masyarakat yang akan dilaksanakan oleh kanak-kanak itu;
(b)
menerangkan kepada kanak-kanak itu dalam bahasa yang mudah, sesuai dengan usia, kematangan dan pemahamannya—
(i)
tentang kesan perintah itu; dan
(ii)
bahawa adalah menjadi suatu kesalahan jika kanak-kanak itu tidak mematuhi apa-apa kehendak perintah itu; dan
(c)
memberikan suatu salinan perintah itu kepada—
(i)
ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu;
(ii)
kanak-kanak itu;
Undang-Undang Malaysia 56
Akta A1511
(iii)
pegawai akhlak itu; dan
(iv)
kecuali jika Mahkamah itu sendiri ialah Mahkamah
Pengawas, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak bagi daerah atau kawasan yang dinamakan dalam perintah itu di mana kanak-kanak itu dikehendaki melaksanakan khidmat masyarakat itu.
Tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat 97b. (1) Jika pada bila-bila masa semasa tempoh perintah khidmat masyarakat Mahkamah Pengawas berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak tidak mematuhi mana-mana kehendak perintah khidmat masyarakat di bawah perenggan 97a(2)(a), (b) atau (d),
Mahkamah Pengawas boleh mengeluarkan—
(a)
suatu saman yang menghendaki kanak-kanak itu hadir di tempat dan pada masa yang dinyatakan dalam saman itu; atau
(b)
suatu waran untuk menangkapnya.
(2)
Sesuatu waran di bawah subseksyen (1) tidak boleh dikeluarkan kecuali berdasarkan maklumat secara bertulis dan dengan bersumpah yang dikemukakan oleh pegawai akhlak.
(3)
Sesuatu saman atau waran yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah mengarahkan kanak-kanak itu supaya hadir di atau dibawa ke hadapan Mahkamah Pengawas.
(4)
Seseorang kanak-kanak apabila ditangkap di bawah subseksyen (1) boleh, jika tidak dibawa dengan serta-merta ke hadapan Mahkamah Pengawas di bawah subseksyen (3)—
(a)
ditahan di suatu tempat tahanan; atau
(b)
dilepaskan atas jaminan, dengan atau tanpa penjamin, sehingga suatu masa dia dapat dibawa ke hadapan Mahkamah
Pengawas.
Kanak-Kanak (Pindaan)
(5)
Jika dibuktikan sehingga Mahkamah Pengawas berpuas hati bahawa kanak-kanak itu tidak mematuhi mana-mana kehendak perintah khidmat masyarakat di bawah perenggan 97a(2)(a), (b) atau (d), Mahkamah itu boleh, tanpa menjejaskan keberterusan perintah khidmat masyarakat itu—
(a)
mengenakan ke atasnya suatu denda tidak melebihi lima ribu ringgit;
(b)
memperlakukan kanak-kanak itu bagi kesalahan yang berkenaan dengannya perintah khidmat masyarakat itu dibuat mengikut apa-apa cara yang dia boleh diperlakukan oleh Mahkamah jika Mahkamah itu telah mendapatinya bersalah atas kesalahan itu; atau
(c)
dalam hal kanak-kanak yang tidak melaksanakan khidmat masyarakat bagi bilangan jam secara agregat yang dikenakan ke atasnya dengan sepenuhnya, memerintahkannya untuk melaksanakan khidmat masyarakat bagi baki bilangan jam secara agregat yang tidak habis di bawah perintah yang pada asalnya dikeluarkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak selama tempoh tidak melebihi enam bulan dari tarikh perintah itu dibuat di bawah perenggan ini.
(6)
Sesuatu denda yang dikenakan di bawah seksyen ini kerana tidak mematuhi mana-mana kehendak suatu perintah khidmat masyarakat hendaklah—
(a)
disifatkan bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis sebagai suatu jumlah wang yang dihukum supaya dibayar atas suatu sabitan; dan
(b)
diambil kira dalam membuat apa-apa perintah kemudiannya ke atas kanak-kanak itu di bawah seksyen ini atau seksyen 97c.
(7)
Bagi maksud perenggan (6)(a), “suatu jumlah wang yang dihukum supaya dibayar atas suatu sabitan” termasuklah apa-apa kos, ganti rugi atau pampasan yang dihukum supaya dibayar atas sesuatu sabitan yang amaunnya ditentukan oleh sabitan itu.
(8)
Seseorang kanak-kanak yang tidak mematuhi perenggan 97a(2)(c) hendaklah diperlakukan di bawah seksyen 97c.
Undang-Undang Malaysia 58
Akta A1511
Pelakuan kesalahan selanjutnya 97c. (1) Jika didapati oleh Mahkamah Pengawas bahawa—
(a)
seseorang kanak-kanak telah didapati bersalah oleh
Mahkamah atas suatu kesalahan yang dilakukan dalam tempoh perintah khidmat masyarakat itu; dan
(b)
kanak-kanak itu telah diperlakukan berkenaan dengan kesalahan itu,
Mahkamah Pengawas itu boleh mengeluarkan—
(aa) suatu saman yang menghendaki kanak-kanak itu hadir di tempat dan pada masa yang dinyatakan dalam saman itu; atau
(bb) suatu waran untuk menangkapnya.
(2)
Suatu waran di bawah subseksyen (1) tidak boleh dikeluarkan kecuali berdasarkan maklumat secara bertulis dan dengan bersumpah yang dikemukakan oleh pegawai akhlak.
(3)
Sesuatu saman atau waran yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah mengarahkan kanak-kanak itu supaya hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah Pengawas.
(4)
Jika dibuktikan sehingga Mahkamah Pengawas berpuas hati bahawa seseorang kanak-kanak yang mengenai kesnya perintah itu dibuat telah didapati bersalah dan telah diperlakukan berkenaan dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan dalam tempoh perintah khidmat masyarakat itu, Mahkamah itu boleh memperlakukannya bagi kesalahan yang kerananya perintah itu dibuat mengikut apa-apa cara yang dia boleh diperlakukan oleh Mahkamah itu jika Mahkamah itu telah mendapatinya bersalah atas kesalahan itu.
Kesan perintah khidmat masyarakat 97d. (1) Dapatan bersalah bagi sesuatu kesalahan yang mengenainya suatu perintah dibuat di bawah Bab ini yang
Kanak-Kanak (Pindaan)
59
menghendaki kanak-kanak itu untuk melaksanakan khidmat masyarakat hendaklah disifatkan bukan suatu sabitan bagi apa-apa maksud selain bagi maksud—
(a)
prosiding yang dalamnya perintah itu dibuat; dan
(b)
apa-apa prosiding kemudiannya yang mungkin diambil terhadap seseorang kanak-kanak di bawah Bab ini.
(2)
Subseksyen (1) tidaklah menyentuh—
(a)
hak mana-mana kanak-kanak itu—
(i)
untuk merayu terhadap sesuatu dapatan bersalah;
atau
(ii)
untuk bergantung kepada sesuatu dapatan bersalah bagi menghalang apa-apa prosiding kemudiannya bagi kesalahan yang sama; atau
(b)
peletakhakan semula atau pemulangan apa-apa harta akibat daripada dapatan bersalah mana-mana kanak-kanak itu.
Pindaan perintah khidmat masyarakat 97e. (1) Jika Mahkamah Pengawas berpuas hati bahawa seseorang kanak-kanak bercadang hendak menukar atau telah menukarkan tempat kediamannya dari daerah atau kawasan yang dinamakan dalam perintah khidmat masyarakat itu ke daerah atau kawasan yang lain, Mahkamah itu boleh, dan jika suatu permohonan bagi maksud itu dibuat oleh pegawai akhlak, hendaklah, melalui perintah meminda perintah khidmat masyarakat itu dengan menggantikan daerah atau kawasan yang dinamakan dalam perintah khidmat masyarakat itu dengan daerah atau kawasan yang kanak-kanak itu bercadang hendak tinggal atau sedang tinggal.
(2)
Jika perintah khidmat masyarakat itu mengandungi kehendak yang pada pendapat Mahkamah Pengawas itu tidak dapat dipatuhi melainkan jika kanak-kanak itu terus tinggal di daerah atau kawasan yang dinamakan dalam perintah itu,
Mahkamah Pengawas itu tidak boleh meminda perintah itu kecuali mengikut subseksyen (4).
Undang-Undang Malaysia 60
Akta A1511
(3)
Jika suatu perintah khidmat masyarakat dipinda di bawah subseksyen (1), Mahkamah Pengawas hendaklah menghantarkan kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak bagi daerah atau kawasan baharu yang dinamakan dalam perintah itu suatu salinan perintah itu bersama dengan apa-apa dokumen dan maklumat yang berhubungan dengan kes itu yang difikirkannya mungkin dapat membantu Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak itu.
(4)
Tanpa menjejaskan subseksyen (1) dan (3), Mahkamah
Pengawas boleh, atas permohonan yang dibuat oleh pegawai akhlak atau oleh kanak-kanak itu, melalui suatu perintah meminda perintah khidmat masyarakat itu dengan—
(a)
membatalkan apa-apa kehendak dalam perintah khidmat masyarakat itu; atau
(b)
memasukkan dalam perintah khidmat masyarakat itu, sama ada sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti bagi apa-apa kehendak sedemikian, apa-apa kehendak yang boleh dimasukkan ke dalam perintah itu jika perintah itu dibuat oleh Mahkamah itu mengikut seksyen 97a.
(5)
Mahkamah Pengawas tidak boleh meminda suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen (4) dengan—
(a)
mengurangkan tempoh perintah khidmat masyarakat itu; atau
(b)
melanjutkan tempoh itu supaya tempoh perintah khidmat masyarakat itu menjadi lebih daripada enam bulan.
Mahkamah hendaklah memberikan salinan perintah khidmat masyarakat pindaan kepada pegawai akhlak 97f. Apabila suatu perintah yang meminda suatu perintah khidmat masyarakat dibuat di bawah seksyen 97e—
(a)
Mahkamah hendaklah dengan serta-merta memberikan salinan yang mencukupi perintah pindaan itu kepada pegawai akhlak; dan
Kanak-Kanak (Pindaan)
(b)
pegawai akhlak itu hendaklah memberikan suatu salinan perintah pindaan itu kepada—
(i)
kanak-kanak itu; dan
(ii)
Pegawai Kebajikan Masyarakat.”.
Pindaan seksyen 106