Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Penggantian seksyen 4
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 4 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Seksyen 4
(a)
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan yang hendaklah menjadi
Pengerusi;
(b)
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakilnya;
(c)
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan yang hendaklah menjadi
Timbalan Pengerusi;
(d)
Peguam Negara atau wakilnya;
(e)
Ketua Polis Negara atau wakilnya;
(f)
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi sumber manusia atau wakilnya;
(g)
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri atau wakilnya;
(h)
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi komunikasi atau wakilnya;
(i)
Ketua Pengarah Kesihatan atau wakilnya;
(j)
Ketua Pengarah Pendidikan atau wakilnya;
(k)
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara atau wakilnya;
(l)
Komisioner Jeneral Penjara atau wakilnya;
(m)
Ketua Pengarah Imigresen atau wakilnya;
(n)
Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat yang hendaklah menjadi Setiausaha;
Kanak-Kanak (Pindaan)
(o)
dua orang wakil daripada jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan;
(p)
seorang wakil kementerian, di Negeri Sabah, yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan;
(q)
seorang wakil kementerian, di Negeri Sarawak, yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan;
(r)
dua orang wakil dalam kalangan kanak-kanak yang hendaklah dilantik oleh Menteri, atas syor Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat;
dan
(s)
tidak lebih daripada lima orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam perkara yang berhubungan dengan kebajikan dan perkembangan kanak-kanak termasuk mana-mana orang yang layak untuk memberikan nasihat mengenai faktor peribumi, etnik, kebudayaan atau agama yang berkaitan, yang dilantik oleh Menteri.
(2)
Seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan (1)(r) atau (s) hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan adalah layak dilantik semula bagi tempoh maksimum dua penggal berturut-turut.”.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1511
Seksyen baharu 4a