Malaysia legislation

Section 79

of AKTA KANAK-KANAK (PINDAAN) 2016

Seksyen 79

Peruntukan kecualian

(2)

Pada tarikh yang ditetapkan, Majlis Penyelaras bagi

Pelindungan Kanak-Kanak dibubarkan (“Majlis yang dibubarkan”).

(3)

Anggota Majlis yang dibubarkan yang dilantik di bawah

Akta ibu dan anggota jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis yang dibubarkan di bawah Akta ibu sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah terhenti daripada memegang jawatan pada tarikh yang ditetapkan.

(4)

Tiap-tiap tindakan atau benda yang dibuat, diambil, atau dimulakan oleh anggota Majlis yang dibubarkan yang disebut dalam Akta ibu sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada dan selepas tarikh yang ditetapkan, disifatkan telah dibuat, diambil atau dimulakan di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh

Akta ini.

(5)

Apa-apa penyiasatan, siasatan, perbicaraan atau prosiding, dan perkara yang berhubungan dengan penyiasatan, siasatan, perbicaraan atau prosiding itu di bawah Akta ibu yang sedia ada dan belum selesai sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah diteruskan dan diuruskan di bawah Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(6)

Apa-apa penyiasatan, siasatan, perbicaraan atau prosiding, dan perkara yang berhubungan dengan penyiasatan, siasatan, perbicaraan atau prosiding itu yang mungkin dimulakan atau dibawa di bawah Akta ibu sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah dimulakan, dibawa dan diuruskan di bawah Akta ibu seolah-olah

Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(7)

Apa-apa permohonan atau kelulusan di bawah Akta ibu yang sedia ada dan belum selesai pada tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, diuruskan di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.

(8)

Apa-apa penghakiman, hukuman, perintah, keputusan atau arahan yang dibuat di bawah Akta ibu hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, disifatkan telah dibuat di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini dan terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan.

(9)

Tertakluk kepada subseksyen (10), apa-apa penghakiman, hukuman, perintah, keputusan atau arahan yang dibuat di bawah

Akta ibu yang sedia ada dan belum selesai sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, diuruskan di bawah Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Kanak-Kanak (Pindaan)

(10)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen 30,

35, 37, 40 atau 46 Akta ibu yang sedia ada dan belum selesai sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, diuruskan di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.

(11)

Apa-apa hak, keistimewaan, obligasi, liabiliti, penalti atau hukuman yang diperoleh, terakru atau dilakukan di bawah Akta ibu boleh diteruskan, dikuatkuasakan, dikenakan dan diuruskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Section 79 — AKTA KANAK-KANAK (PINDAAN) 2016 | mylaw.my