Malaysia legislation

Section 8

of AKTA KANAK-KANAK (PINDAAN) 2016

Seksyen 8

Seksyen 5 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“empat kali” dengan perkataan “dua kali”;

(b)

dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “Tujuh orang anggota Majlis” perkataan

“termasuk sekurang-kurangnya seorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(r)”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(4a)  Majlis boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Majlis bagi maksud menasihati Majlis tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

(4b)

Anggota Majlis dan mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mesyuarat Majlis di bawah subseksyen (4a) boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.”.

Kanak-Kanak (Pindaan)

13

Seksyen baharu 5a