Malaysia legislation

Section 9

of AKTA KANAK-KANAK (PINDAAN) 2016

Seksyen 9

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 5

seksyen yang berikut:

“Ketetapan tanpa bermesyuarat 5a.  (1)  Tertakluk kepada subseksyen (2), Majlis boleh, jika perlu, meluluskan suatu ketetapan tanpa bermesyuarat.

(2)

Syarat yang berikut hendaklah dipatuhi:

(a)

semua anggota Majlis telah dimaklumkan mengenai ketetapan yang dicadangkan itu atau usaha yang munasabah telah diambil untuk memaklumkan semua anggota Majlis mengenai ketetapan yang dicadangkan itu; dan

(b)

semua anggota Majlis menandakan persetujuan dengan ketetapan yang dicadangkan itu mengikut kaedah yang ditentukan oleh Majlis.”.

Pindaan seksyen 6

Section 9 — AKTA KANAK-KANAK (PINDAAN) 2016 | mylaw.my