Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2016

Seksyen 4

Seksyen 3a Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Pemberikuasaan kepada Datuk Bandar, Yang

Dipertua Majlis Perbandaran, Pengerusi Majlis

Perbandaran, pegawai Majlis Bandaraya atau Majlis

Perbandaran, dsb.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, apabila dibuat permohonan oleh Yang

Dipertua Majlis Perbandaran atau Pengerusi Majlis

Perbandaran, memberi kuasa kepada Yang Dipertua

Majlis Perbandaran, Pengerusi Majlis Perbandaran dan pegawai atau orang dalam perkhidmatan Majlis

Perbandaran itu untuk menjalankan kuasa yang diberikan dan melaksanakan tugas yang dikenakan oleh Akta ini ke atas Yang Dipertua Majlis Perbandaran, Pengerusi

Majlis Perbandaran atau warden lalu lintas, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3b)

Perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3a)

boleh mengehadkan kuasa yang akan diberikan kepada dan tugas yang akan dilaksanakan oleh Yang Dipertua

Majlis Perbandaran, Pengerusi Majlis Perbandaran dan pegawai atau orang dalam perkhidmatan Majlis

Perbandaran itu.

(3c)

Apabila dibuat pemberikuasaan di bawah subseksyen (3a), Yang Dipertua Majlis Perbandaran,

Pengerusi Majlis Perbandaran dan pegawai atau orang dalam perkhidmatan Majlis Perbandaran itu boleh menjalankan kuasa yang diberikan dan melaksanakan tugas yang dikenakan oleh Akta ini ke atas Yang Dipertua

Majlis Perbandaran, Pengerusi Majlis Perbandaran atau warden lalu lintas, mengikut mana-mana yang berkenaan.”; dan

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1512

(c)

dalam subseksyen (4)—

(i)

dengan menggantikan noktah dengan koma bernoktah; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas takrif “Majlis

Bandaraya” takrif yang berikut:

‘ “Majlis Perbandaran” ertinya Majlis

Perbandaran bagi suatu kawasan pihak berkuasa tempatan yang telah diisytiharkan dan ditentukan mengikut perenggan 3(d) Akta Kerajaan

Tempatan 1976, perenggan 6(1)(cc) Ordinan

Kerajaan Tempatan 1961 dan perenggan 3(1)(e)

Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996.’.

Penggantian seksyen 4