Malaysia legislation

Section 14

of AKTA BEKALAN GAS (PINDAAN) 2016

Seksyen 14

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 13 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 13

(a)

seseorang pemegang lesen penggasan semula, pengangkutan atau pengagihan berkenaan dengan penggunaan kemudahan mereka bagi penggasan semula, pengangkutan atau pengagihan gas; dan

(b)

seseorang pemegang lesen peruncitan berkenaan dengan penjualan atau penggunaan gas melalui sistem perpaipan pemegang lesen peruncitan ke premis pengguna.

(2)

Suruhanjaya boleh mengeluarkan garis panduan mengenai tarif dan caj termasuk—

(a)

perkaedahan, prinsip dan kategori tarif dan caj;

(b)

tempoh bagi pengenaan tarif dan caj dan bagi kajian semula tarif dan caj; dan

(c)

pengemukaan apa-apa maklumat yang dikehendaki dan difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta A1515

(3)

Pemegang lesen penggasan semula, pengangkutan, pengagihan atau peruncitan hendaklah mengemukakan suatu cadangan mengenai tarif dan caj kepada Suruhanjaya mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (2).

(4)

Tarif dan caj yang diluluskan hendaklah disiarkan oleh pemegang lesen penggasan semula, pengangkutan, pengagihan atau peruncitan mengikut apa-apa cara yang Suruhanjaya berpendapat dapat memastikan publisiti yang mencukupi bagi tarif itu.

(5)

Dalam melevikan tarif dan caj di bawah subseksyen (1), pemegang lesen penggasan semula, pengangkutan, pengagihan atau peruncitan tidak boleh menunjukkan keutamaan tidak wajar atau diskriminasi di kalangan pengguna.”.

Seksyen baharu 13a, 13b, 13c dan 13d

Section 14 — GAS SUPPLY (AMENDMENT) ACT 2016 | mylaw.my