Malaysia legislation

Section 5

of AKTA SARAAN HAKIM (PINDAAN) 2017

Seksyen 5

Penggantian seksyen 8c

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 8c dengan seksyen yang berikut:

“Perkhidmatan dalam jawatan yang lain demi kepentingan negara 8c.  (1)  Seseorang Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah

Rayuan atau Mahkamah Tinggi boleh dikehendaki oleh Yang di-Pertuan Agong demi kepentingan negara untuk—

(a)

berkhidmat dalam suatu jawatan yang lain tanpa melepaskan jawatannya sebagai Hakim; atau

(b)

melepaskan jawatan Hakim untuk berkhidmat dalam suatu jawatan yang lain, selama apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Yang di-Pertuan Agong.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), jika seseorang Hakim dikehendaki untuk berkhidmat dalam suatu jawatan yang lain demi kepentingan negara, saraan yang Hakim itu adalah berhak kepadanya di bawah Akta ini dalam tempoh dia berkhidmat dalam jawatan yang lain itu hendaklah dibayar oleh badan yang Hakim itu berkhidmat dalam jawatan yang lain itu.

(3)

Jika Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah

Rayuan atau Mahkamah Tinggi dikehendaki untuk melepaskan jawatan Hakim untuk berkhidmat dalam jawatan yang lain di bawah perenggan (1)(b) dan selepas menamatkan tempoh perkhidmatannya dalam jawatan yang lain itu, tidak dilantik semula untuk memegang jawatan Hakim oleh sebab dia telah mencapai umur persaraannya, dia hendaklah disifatkan telah berkhidmat sebagai Hakim sehingga umur enam puluh enam tahun dan bersara menurut perenggan 8(a).”.